Skip to main content

Baby No 3, Alhamdulillah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah last week first time pergi ke Klinik Kesihatan pulak untuk confirm EDD. Ramai betul orang dekat KK ni, nasib baik lah Jiha buka buku dekat Klinik Desa, so untuk normal check up pegi ke KD aje. Kalau nak scan baru ke KK pulak. Kalau kt KD, tak sampai sejam pun sebab tak berapa ramai orang.

Tak sabar nak scan ni, sebab sebelum tu scan kecil sangat lagi, tak nampak pun figure baby, kali ni Alhamdulillah dah besar sikit masa tu (11weeks) so dah nampak figure baby nya. Teruja sangat.

11 weeks
Hehehehe baby sangat lincah masa scan ni sampai kakak Auni Nadra jadi excited dan tersipu malu nak tunjuk-tunjuk baby kat ayah. Hehehehe baby berenang ke sini, akrobatik lagi. Hah tengok lah gambar kat atas tu, yang Jiha bulatkan tu, tu kaki dia, dia angkat-angkat ke atas. Hehehehe best Alhamdulillah. Mesti ceria macam abang Aqeef dan kakak Auni juga ni.

Heeee tak sabar nya nak tahu jantina pulak. Lagi sebulan ada scan lagi, Masa tu 17weeks hehehe. Kalau scan 2d ni tak tahu lah boleh nampak ke tak eh. Tapi scan kat KK tu agak clear juga, cuma printer je tak smooth sangat. Masa Auni dulu Jiha buat scan 4d masa 16weeks sebab baru lepas baik chicken pox tu kan. Scan 4d masa 16weeks tu dah nampak dah gender nya hehehe. Excited sangat.

Oh ye, doktor kat KK pesan, kalau boleh jangan minum susu khas untuk ibu mengandung sebab tinggi gula. Ramai ibu di situ yang ad diabetes sebab minum susu khas tu. Tak kira la apa jenama pun. Jadi doktor kata lebih bagus minum fresh milk. Ye Jiha memang minum fresh milk dan tentu sekali la Ostematrix. Alhamdulillah tak kena simpul biawak. Masa mengandung anak pertama Aqeef dulu je selalu kena simpul biawak sebab tak jumpa lagi Ostematrix ni hehehehe. 

Oh HB ku juga meningkat tau check up ni. 13. Teruja sangat.

Ok la, nanti next check up Jiha update lagi ye.

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…