Skip to main content

Persiapan Barang Baby dan Ibu

Assalammualaikum,

Sekarang ni baru ada semangat sikit nak fikir pasal persiapan barang baby. Hehehehe tapi baru la list kan senarai dulu untuk buat pembentangan budget kat cik abang hehehe. Tapi baru buat list pun dah rasa seronok, Alhamdulillah.

Macam barang yang besar-besar memang 'hand me down' je la dari abang dan kakak. Contoh macm baby cot, stroller, carrier semua tu memang dah ada. Baju pun kakak Auni punya masih elok lagi ibu simpan dalam vacuum bag. Hehehehe.

So bawah ni barang baru yang perlu dibeli lah rasanya kan. Rasanya ini je la kot.

Untuk baby
1. Diapers (NB)
2. Towel 3helai
3. Sleepwear 3 pasang (NB)
4. Daywear 3 pasang (NB)
5. Mitten, Booties 3 pasang Done 
6. Swaddle Me Blanket 1  Done tapi rupa tak seperti di gambar hehu tapi boleh la
7. Cotton Wool
8. Tropika Baby Cream
9. Tropika Baby Oil
10. Body Support for Car seat and Stroller

Untuk Ibu
1. Maternity Pad
2. Disposable Panty
3. Bengkung (extra)
4. Tropika Post Natal Massage Oil
5. Param, Pilis, Tapel (beli loose kat kedai jamu)
6. Tunku Besi
8. Booking tukang Urut

* Dapat akak tukang urut kat Penang ni, RM100 sehari. 
-Urut
-Tunku dan berbengkung
-Mandi Sauna (nanti
 dia akan bawak set mandi sauna dia ke rumah kita)

Untuk Breastfeeding
1. Nursing Bra
2. Storage Bottle
3. Storage bags
4. Feeding Bottle (senang ayah nak feed baby masa ibu berurut ke)
5. Disposable Breastpad 

Apa lagi eh hehehe...takut ada yang terlepas pandang aje. So far baru shopping ini je

kotak yang atas sekali tu kakak kita punya. Jiha punya refill wipes untuk tong wipes dan pouch pack yang kecil so senang nak buat travel. Hehehe ni mau boleh pakai sampai baby umur setahun ni. Ke lebih? Hahaha

Heeee ini baru beli semalam. Tapi bukan size newborn pun ni. Size 6months tapi sebab comel and harga for 3 helai ni RM50. Geram la ibu kan hehehehe. Kain pun sedap sejuk je.

Sikit-sikit kita complete kan ye heheh. Now baru nak masuk 27weeks. Banyak masa lagi InsyaAllah.

Oh ye....Nesting Instinct ku macam cepat kali ni kekekeke. Tapi sebenarnya nak galak kan Auni Nadra tidur bilik sendiri je. Baru 50% completion je bilik cik adik cik adik ni. Auni kata nama bilik dia 'Bilik Pink'. Tapi bukan main payah nak lepaskan baby cot pada baby. Dia kata dia punya. Apa-apa yang pink la semua dia punya hehehehe.

Plan untuk 
-Cat dinding sebab teruk betul Aqeef conteng before ni
-Cat almari to white? (sedang difikirkan)
-Tampal wall sticker
-Nak pasang para? (kalau cik abang approve hehehe)
-Rug yang comel hehehe

Guna barang yang ada je ni. Bedding set pun pakai kakak Auni punya sebab masih elok lagi. Tak sabar nak siapkan bilik ni.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20