Skip to main content

Masalah Kulit Muka Kusam Buat Hilang Keyakinan Diri

Assalammualaikum,

Siapa ada masalah kulit kusam? Tak best kan, bila ambil gambar dengan kawan-kawan, muka kita lah yang paling kusam dan tidak bermaya. Dulu saya pun macam tu, mama saya selalu kata muka ni pucat je. Malah suami pun pernah kata muka saya kusam tak berseri (Ni dia berani kata lepas kulit saya dah tak kusam, dah ok...dulu dia tak berani kata kot takut saya kecil hati hahahaha)


Hari ni nak cadangkan set asas yang bagus untuk mengatasi masalah kulit kusam ni ok. Ini memang sangat best dan ramai customer saya berpuas hati setelah konsisten dengan set ini. Set Kulit Gebu Gebas. (kelasss nama hehehehe)

Set ini terdiri daripada ESP dan Sustained Release Vita C. Bagaimana set ini membantu mengatasi masalah kulit kusam?

mengatasi masalah kulit kusam
Set Kulit Gebu Gebas

ESP berfungsi untuk memberi keanjalan dan memperbaiki tekstur kulit. ESP kaya dengan Protein Non-GMO yang mana fungsi protein ialah memperbaiki tisu kulit yang telah rosak. Jadi kesan parut yang membuatkan kulit nampak kesan akan memudar dan digantikan dengan kulit baru yang cantik dan anjal.

Vitamin C pula meningkatkan tahap glutathione dalam darahSatu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%.

Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit?

Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit.

Nak tengok perbezaan kulit, boleh klik sini ok TESTIMONI SAYA

Alhamdulillah....konsisten lah, bukan sahaja untuk kulit, tetapi set ini menyokong kesihatan yang lebih baik. Badan lebih segar dan bertenaga.

Jika berminat untuk dapatkan Set Kulit Gebu Gebas ini dan dapatkan konsultasi yang tepat, boleh hubungi saya di (whatsapp 0123807024 Najihah Razali)


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20