Skip to main content

Mengidam Ketika Mengandung, Suami Sehabis Baik Tunaikan

Assalammualaikum

Alhamdulillah nak masuk 38weeks ni. Kali ni memang mengidam ketika mengandung tu boleh tahan juga lah hehehe. Tetapi syukur la bukan lah benda yang bukan-bukan sangat. Dan syukur la suami ku memang sehabis baik untuk tunaikan.

Mengandung Aqeef Danial dulu sangat mengidam kek oren. Padahal takde la suka kek oren pun. Masa tu long distance dengan suami jadi kena cari sendiri la. Balik kerja terus gi terjah bakery dan Alhamdulillah ada.

Masa mengandung Auni Nadra pula, takde sampai mengidam. Cuma adalah list makanan yang nak makan sebelum berpantang. Masa Aqeef dulu pun ada list juga.

Masa mengandung yang ketiga ni......mengidam dan memang mencari bersungguh kat PUYUH GORENG dan DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API. 

Beberapa hari juga cari Puyuh Goreng ni. Bila google, banyak kedai makan yang kat seberang je ada. Lepas tu ke pasar malam pun mencari takde. Then akak kat pasar malam tu kata kat pasar bayan baru ada. Yang mentah punya la...Takpe la kan, boleh goreng sendiri. Tapi suami ku pergi takde pun. 

Dia teragak nak cari kat Mydin, pusing-pusing takde pun yang mentah. Sekali lalu kat area yang jual nugget, burger, nasi goreng, ayam golek tu, ada pulak puyuh goreng. 2 ekor dia beli untuk makyung. Puas makyung makan pagi tadi sebab anak-anak tak mengecek pun sebab tepung goreng puyuh tu pedas sikit hehehe.

Puyuh Goreng di Mydin Bukit Jambul, Penang

Lepas hajat nak makan Puyuh Goreng. Sedap betul lah. Alhamdulillah.

Dan untuk lunch tadi, encik suami ku masakkan pulak Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Sebab dia kata kalau nak cari siap ni payah sikit sebab kat Penang kan. Kalau Negeri Sembilan senang lah nak cari katanya hehehehe. So dah google resipi dan beli barang yang diperlukan, klentang klentung kat dapur, maka siaplah menu Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Alhamdulillah sedap suami ku masak.

Alhamdulillah, baby pun bukan main aktif lepas dapat makanan yang diidamkan...

Syukur saya mengidam makanan yang agak boleh la diusahakan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20