Assalammualaikum,
Alhamdulillah semakin ramai yang mengambil berat tentang cara berpakaian supaya mengikut syariat Islam. Muslimah Clothing popular di kalangan ibu-ibu muda sekarang. Dengan bermacam-macam pilihan design yang cantik, ibu-ibu dapat berfesyen tetapi tetap dapat menjaga aurat dengan baik.
Macam Jiha sendiri, selain dapat menutup aurat dengan baik, Jiha lebih gemar dengan Muslimah Clothing ini kerana ianya sangat sesuai dipakai untuk menyusukan bayi kerana ianya lebih longgar. Hah kan best tu. Selesa untuk ibu dan juga selesa untuk bayi.
Semakin ramai yang mengeluarkan koleksi Muslimah Clothing ni kan. Antara muslimah clothing popular ialah dress. Banyak pilihan dan lebih mudah sebab boleh dipakai di acara formal ataupun santai. Ni antara yang Jiha rasa sangat cantik dan sweet.
Sopan tetapi masih nampak bergaya kan |
Macam princess gitu hehehehe |
Tudung pun semakin banyak pilihan. Yang paling popular ialah shawl. Sekarang sudah banyak pilihan shawl yang labuh dan material dari kain tidak jarang tetapi tetap selesa dipakai. |
Best kan semakin banyak pereka fesyen yang keluarkan fesyen pakaian yang menetapi syariat. Jom sama-sama kita perbaiki diri. Ehem Ehem nak jenguk website kegemaran la, rasa macam nak tambah koleksi dress je ni hehehe.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies