Persiapan Bag Hospital untuk Ibu dan Bayi

December 04, 2015

Assalammualaikum,

Alhamdulillah dah 34minggu ni. Macam tak percaya je lagi 6 minggu menuju ke due date. Barang baby Alhamdulillah semakin lengkap, tinggal sikit-sikit je lagi. InsyaAllah nak cari esok di Mom & Baby Expo kat Spice, Pisa. Semalam baru teringat yang bag hospital tak prepare pun lagi. Tak teringat langsung. 

So semalam dah start la packing sikit. Tapi baru untuk baby. Untuk ibu dan ayah belum lagi. Blur jugak tapi nasib baik lah ada list masa zaman preggy kan Aqeef dulu. Nasib ada rujukan. Ni pulak list kali ni. Yang dah dash tu dah siap packing. Yang lain belum lagi...huwaaaaa.

persiapan bag hospital untuk bersalin



Bag baby
  1. Daywear 2 pasang
  2. Sleepwear 2 pasang
  3. Barut 3 helai
  4. Hat, Mitten & Booties 2 pasang
  5. NB diapers 6 keping
  6. Swaddle Blanket 2 helai
  7. Towel 1 helai
  8. Tropika Baby Cream
  9. Baby wipes
Bag Ibu
  1. Selipar toilet
  2. Tudung sarung 2 helai
  3. Sweater 1 helai
  4. Stokin 1 pasang
  5. Towel 1 helai
  6. Maternity Pad 1 pack
  7. Toiletries
  8. Skirt 2 helai (tak pandai nak pakai kain batik hehehe)
  9. Telekung & Quran
  10. Hp charger
  11. Toiletries
  12. Air Zam-Zam
  13. Kurma
  14. Tropika Post Natal Massage Oil
  15. Set Pantang especially Ostematrix takleh lupa...takut sembelit woo...seksa hahaha
  16. Buku Merah
Emeememmem tengah dok fikir ni, masa ibu pergi hospital nanti, Aqeef dan Auni tu nak letak mana lah. Hospital yang nak bersalin ni, tak bagi bawa anak2. Even dalam single room pun, no kids allowed. Masa bersalin Auni dulu, parents datang sini 2 minggu awal so Aqeef ada la atok nenek tengokkan. Tapi kali ni tak sure lagi sebab banyak urusan dierang masa tu. Semoga dipermudahkan la semuanya. Ibu harap baby keluar tepat 40 weeks ye baby.

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies