Resipi Donat Gebu Gebas Yang Senang Sangat

December 19, 2015

Assalammualaikum,

Hehehehe first time mendonat ni tau. Jiha nak share resipi donat gebu gebas ni. Dan yang penting senang sangat. Dah kenapa la lately ni asek rasa nak makan donat. Rasa macam puas betul kalau dapat makan donat. Jadi try buat sendiri, dapat la banyak sikit kan hehehe. Tapi jaga-jaga jangan sampai badan pun mendonat juga (nasihat kepada diri sendiri hahahaha)

Ok ini dia ok resipi nya. Resipi ni y gf Amy yang share.

Ok la kan for y 1st attempt mendonat. Rupa tu boleh improve lagi kekeke. Tapi rasa and tekstur wallah..MasyaAllah sedap. Memang best resipi ni.

Bahan-Bahan
  1. 3 1/2 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan air suam
  3. 2 sudu besar margerin/butter
  4. 5 sudu besar gula pasir
  5. 3 sudu besar susu pekat
  6. 1 paket yis (Mauripan 11g)
  7. 1 biji telur
  8. Secubit dua garam (ni Jiha tambah utk lebih rasa lemak dia)
Cara-Cara nya
  1. Susu dan gula satukan dalam air suam. Kacau gula sampai larut. Kemudian masukkan yis dan tunggu 10min (yis akan hidup/naik dan berbuih)
  2. Sementara tunggu yis naik...Cairkan margerin (guna api perlahan je)
  3. Pukul telur dan campurkan ke dalam margerin.
  4. Bila yis dah naik campurkan campuran margerin dan telur tadi. *(Campuran A)
  5. Bubuh garam dalam tepung dan gaulkan
  6. Masukkan Campuran A sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul hingga sebati.
  7. Jom menguli. Taburkan tepung gandum pada tempat nak menguli. Uli dalam 10min sampai dough tak lekit2 dah ye.
  8. Masukkan dalam bowl dan tutup dengan lid ataupun kitchen towel yg basah. Jemur pada cahaya matahari sehingga size dough jadi dua kali ganda.
  9. Bila dough sudah kembang, Tepuk sekali 'setapak tangan' pada dough (kuat sikit) untuk buang angin pada dough.
  10. Uli barang seminit dua dan boleh mula bentuk kan donat.
  11. Tunggu sekejap sebab dough yang dibentuk tu akan kembang sedikit.
  12. Boleh la goreng dengan api perlahan ok. Kalau terapung semasa menggoreng jadi lah tu hehehe.
  13. Dah siap goreng boleh la nak salut gula ke, nak glaze ke ok.
Selamat Mendonat.

Errr tapi bahaya juga bila buat donat sendiri ni. Sebab dapat panas2 kan. Terus ngap 4 ketul berturut-turut. Ish ish bahaya lah sungguh. Kena berpada-pada juga makan tu dan jangan lupa telan Lecithin.




LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies