Amna Haneena is no 3

January 18, 2016

Assalammualaikum

Alhamdulillah, pada 8 Januari 2016, Jiha telah selamat melahirkan baby girl. Bersalin pada 39minggu 1 hari di Pearl Maternity Hospital.

Start sakit contraction 7 hb malam tu, tapi Jiha doa sangat jangan lah beranak malam tu sebab susah hati dekat mama. Yes mama dah datang since 3hb lagi sebab risau Jiha bersalin awal. Initial plan dia nak datang 13hb sebab my due date 15hb. Susah hati sebab mama kena allergy attack. Allergic to dustmite. Sejak dia datang lg dah kena tapi pagi 7hb tu agak teruk sampai bengkak muka. 

Malam 7hb tu, badan mama macam dedar2 sikit. Sambil2 contraction datang malam tu, Jiha jenguk mama kat bilik sebelah. Tak bagitau pun yang Jiha dah rasa sakit contraction tu. Contraction dah every 10minutes dah hehehehe.

Esok paginya, nampak mama dah ok sikit and bagitau dia yang nak ke hospital dah ni. Masa ni dah every 5minutes hehehe.

Sampai hospital buat ctg dan Ve, dah 5cm dah. Tapi lawaknya time tu boleh tidur lagi aku hahhahaa. Sebab ngantuk malam tadi tak boleh tidur, jenguk2 mama. Time gesa contraction tu terjaga jap pastu sambung tidur hahahaa. Kelakar sungguh.

Sebelum masuk labour room tu, husband kasi minum Performance Drink untuk tenaga hehehe.
Sejam dalam labour room, lahirlah permata hati yang ketiga. Baby girl yang cukup sempurna di mata ibu. Tangisan dia comel sungguh. Alhamdulillah rasa nak menangis dengan rahmat yang sungguh besar ni.

Kami namakan dia Amna Haneena. Jenuh jugak nak decide nama. Amna tu dah lama decide tapi second name, hari ke 7 tu baru la finalized hehehe.

Nah belanja satu gambar Amna Haneena

Cik adik ni mmg kuat senyum hehehehe




LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments

Thanks Lovelies