InsyaAllah....
Alhamdulillah berkawan dari zaman Universiti hingga lah sekarang. Dari anak dara hingga beranak pinak hehehehe. Kawan yang boleh cerita semua. And now mostly banyak pasal anak-anak lah sebab dah jadi mak mak ni kan.
Masuk tahun ketiga, buat vacation bersama-sama. 1st time ke Lost World of Tambun, Alhamdulillah dapat join. Second time ke Melaka, ada hal yang tidak dapat dielakkan jadi tak dapat lah nak join.
Vacation tahun ketiga ni di Penang. Alhamdulillah. Sebab geng Gossip Mommies consider makyung yang sudah sarat mengandung. Seronok sangat sebab semua ada kecuali Amy sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.
Sangat seronok. Hehehe dan banyak sangat aktiviti makan-makan kan. Tempat jalan2 tak banyak sangat pergi. Hanya ke Upside Down Museum, Toy Museum dan Penang Municipal Park bawak anak mandi manda. Yang lain memang aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan.
Tapi acara yang paling best ialah lepak di bilik hotel. Bilik hotel kat Alora (used to be BSuite Hotel) pulak besar so memang selesa lah. Mak-mak berborak tak hingat, bapak2 main Saidina hahahaha. Sporting bapak-bapak. Bukan main gembira lagi dapat main bersama.
2016 kami plan Jalan Jalan JB pulak hahahaha. Semoga ukhwah ini sentiasa berkekalan dan dirahmati Allah S.W.T
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies