Skip to main content

3 Tips Urus Bisnes di Rumah dari seorang WAHM

3 Tips Urus Bisnes di Rumah dari seorang WAHM
(dengan anak-anak kecil yang ceria dan aktif ðŸ˜‚😂)
-------------------------------------------------------------------

Sebagai work at home mom, macam2 cara dah Jiha buat sebelum ni supaya bisnes berjalan, anak2 terbela, rumah tidaklah seperti kapal karam sentiasa hahaha. Ok ini beberapa tips yang Jiha buat.




1. Tidur lewat/ Bangun awal
Seeloknya bangun awal lebih bagus lah. Sebab tidur lewat ni boleh menggangu proses detox semulajadi pada badan kita. Tapi kadang2 tu tertidur lewat jugak ðŸ˜‚. Bila kita bangun awal, banyak lah perkara boleh setel.

2. To Do List
Ini kena ada. Supaya kita tahu apa target yang perlu disiapkan untuk hari itu. Atleast 70% kene capai. Yelah ada anak kecik ni, tak terjangka jugak. Ada masa dia nak ngempeng aje tu. Banyak juga kerja rumah tergendala. Tapi jangan bantai tidur sama pulak masa menyusukan anak tu. Semasa menyusukan anak ni, gunakan sebaiknya untuk Follow Up customers, send Whatsapp Broadcast info2 sihat dan cantik.

3. Fokus fokus
Kalau dulu hp tu sentiasa ada di tangan. Alamatnye kerja rumah tergendala. Jadi penting untuk kita fokus siapkan satu kerja dulu. Uruskan hal rumah dan anak2 dulu. Kemudian baru uruskan hal lain seperti klik Shaklee2u ke, isi slip pos laju ke, coaching ke dan etc. Alhamdulillah hidup anda akan lebih teratur dan juga rezeki semakin lebat masuk. Walaupun kita reply lambat whatsapp customer tu, kalau Allah dah kata itu rezeki kita, pasti rezeki kita. Jadi fokus. Fokus dan beri komitmen penuh pada setiap task kita.

Okeh harap 3 tips ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Jumpa lagi.

(sempat type ni sambil susukan anak, dia tidur satgi kita sambung zaazazaasss task lain

Najihah Razali
0123807024
Mentor Bisnes Anda
Founder IRON Millionaires

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20