Assalammualaikum,
Ekzema Ekzema ,Anakku Ekzema
Masa dapat anak pertama, masih takde pengalaman lagi. Bila naik ruam di pipi disangka ruam susu. Makin lama makin teruk sampai terkopek-kopek. Bukan kat muka je, kulit kepala pun teruk berkerak (cradle cap). Bagaimana cara nak mengawal eczema ni. Perlukah bergantung dengan ubat sahaja dan krim steroid?
Teruk betul muka Aqeef masa baby, merah macam udang kena bakar. Pergi pakar katanya Ekzema. Ekzema dan juga disulami dengan hingus yang sentiasa meleleh. Bronchitis lagi. Allahu.
Semakin membesar, kulit semakin ok cuma bila peluh naik juga gatal-gatal nye (Ini ada ikhtiar yang Jiha buat yang kulit dia bertambah baik ni...nanti kite citer)
Auni Nadra pula lahir dengan kulit selembut sutera. Bulan ke 4 tiba-tiba nampak segaris rashes di pipi. Alamak sudah. Masa ini ibu up kan pengambilan Sustain Release Vita C Shaklee dan susukan Auni Nadra sekerapnya, syukur Alhamdulillah kulit cantik balik hinggalah umur 2 tahun.
Genap Auni Nadra dua tahun, dah mula wean off sikit-sikit dan bila sudah stop menyusu badan dan sudah makan macam-macam, ada nampak rashes mula keluar tapi masih terkawal lagi. Keadaan tiba-tiba menjadi teruk bila awal tahun ini, Auni makan aiskrim goyang di kenduri. Banyak gula. Dan Jiha perasan memang gula la 'culprit' utama dalam kes eczema Auni Nadra. Eczema dia akan flare up dengan dasyat. Sekarang memang Jiha tengah pantangkan gula dan beri supplement Shaklee kat Auni Nadra.
Orang kata,
'Alah, tak payah la nak control sangat anak tu nak makan jajan, biasalah budak'
Anak saya tak sama dengan anak awak. Dan bila sudah di trigger macam tu, keadaan semakin worst. Berdarah, bergaru-garu sentiasa. Cadar katil penuh kulit kering dan kesan-kesan darah. Kulit jadi comot. Anak perempuan pulak tu. Nak mandi pun terseksa.
Hanya kami suami isteri je yang nampak betapa sakitnya anak itu.
Eczema bukan kes immune rendah, tapi autoimmune. Dan once dah trigger, susah nak stop tapi POSSIBLE.
Macammana?
JAGA PERUT. JAGA PEMAKANAN.
Antaranya cuba elakkan makanan yang ada gluten dan juga kena kenalpasti apa lagi alahan makanan dia.
SAY NO TO GULA PUTIH. Kena lah pantangkan gula putih...biarlah selamanya. Gula putih ni merosakkan badan kita je sebenarnya.
Cukupkan nutrisi. Auni Nadra suka juga makan brokoli tapi bukan lah banyak sangat. Jadi ibu kasi multivitamin Vitalea for Children, Omega Guard dan Chewable Vita C. Masa kulit teruk sangat hari tu, setiap 4 jam kasi dia makan sebiji Chewable Vita C.
Alhamdulillah kulit nya getting better.
Pastikan minum air kosong secukupnya supaya kulit dia tak kering. Sapu juga lotion/minyak pelembab.
Ibu ibu kepada anak Ekzema memang kuat.
Info yang berguna. Tq
ReplyDeleteinfo yg berguna..tq
ReplyDeleteBagusnya..anak2 sy pun suka
ReplyDeleteBetul tu, antibodi anak tak sama
ReplyDelete