Skip to main content

Tahun 2016 dah nak habis........

Assalammualaikum,

Sebulan sahaja lagi 2016 akan melabuhkan tirai. Kemudian kalau ada umur kita akan bertemu 2017. Macam mana tahun 2016 korang? Best tak? Banyak tak azam dah tercapai? Untuk Jiha, Alhamdulillah 2016 datang dengan hadiah yang paling best sekali iaitu cik Amna Haneena. 8 January to be exact, kecik molek putih merah. Makanya tak lama lagi cik Amna Haneena pun dah nak masuk umur setahun.

my cutie pie, my 3rd baby Amna Haneena



Amna Haneena bila menangis kemain macam kena cubit-cubit aje hehehe. Sampaikan ibu pun bagi nama #jeritanChampionAmna hahahaha. Serius kuat. Walaupun dia nanges kemain, tapi senang nak comfort dia balik, muka manja. Amna memang tempat ibu hilangkan stress. Melayan senyuman berlesung pipit dia buat ibu tenang, golek2 dengan dia lagi la kan. Ibu rasa ada kurang garang sikit berbanding tahun sebelum ini ðŸ˜‚

Apa lagi perubahan yang best 2016 ni?

Tentulah penurunan berat badan dan inch loss yang hilang banyak woohooo. Siti Najihah made it. From Obesity to Overweight. Dan sekarang berusaha ke arah ideal weight. Kalau dulu suka melepak di rumah je hujung minggu, tapi sekarang kalau tidak keluar bersenam rasa ketat je seluruh badan hahahaha.



Pemakanan pon bertambah healthy. Tapi saya ni bukan lah healthy freak sampai kan tu tak boleh makan ini tak boleh makan. Ada jugak cheat day nye tapi kena beringat2. Ngeri bila mengenangkan yang dulu Visceral Fat ku sangat tinggi iaitu 12. Sekarang sudah tinggal 8 tapi masih banyak usaha perlu untuk menurunkan tahap Visceral Fat tu. Follow page Jiha kalau korang teringin nak turunkan berat badan secara sihat. Fb Fanpage JOM DETOX KAK

Bisnes?
Ada ups and downs tapi really proud to say that tahun ni sangat banyak sales Vivix. Happy sangat sebab dapat panjang2 kan kebaikan Vivix ni kepada semua. Jiha pernah dapat reward dari group Ireach sebab antara sales Vivix terbanyak. Dan proud to say, anak Shaklee Jiha seorang ni iaitu Farhanah Omar pun pernah dapat award untuk sales Vivix terbanyak. I am so proud of her.

Semoga perjalanan bisnes Jiha terus maju dan maju. Sebarkan lebih kebaikan kepada semua. Untuk kesihatan mereka dan mereka yang ingin jana pendapatan tambahan.

InsyaAllah.
Sekiranya berminat, boleh hubungi Jiha di 0123807024 (whatsapp)

Lets grow together ðŸ˜˜ðŸ˜˜






Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20