Skip to main content

Gathering Raya with GFs

Best!!!!

Initial plan nak konvoi raya last Saturday...tp Jiha bg suggestion , why not pilih satu rumah, buat potluck je instead of konvoi raya....yelah masing2 dengan anak kecik...and from house to house bukan dekat...ada di KL-ShahAlam-Seremban...dengan nak hadap jam di musim raya pulak kan

So semua pakat kumpul rumah Durr hehehee and masing2 kene bawak something...sian tuan rumah pulak kan...for me apa lagi...Domino's la (oh Aqeef tak ikut sebab die kat kampung ngan atuk nenek, kalau tak mesti die bedal half a box pizza je ekekekek), tuan rumah goreng bihun singapore and kuih muih, Amy bawak fruits, Aida bawak ice cream, Aisyah bawak brownies nyummmehhhh

Konon pukul 5 nak start...tp masing2 sampai lambat, jam katanye hehehehe....so dalam kol 7 gitu la baru semua ada...Yang tak dapat join, Atiqah, Wa and Boo...kalau ada mesti lagi havoc tau hehehe

Makan2, borak2, solat jemaah sesama, borak2 lagi sampai tak ingat dunia...sampai naik tegang urat leher gelak hehehehe, nak nanges pon ada hahahahaha...pukul 1030pm baru abes...tu pon sebab sian Aisyah die solo je bawak Aisy...kalau Kasim ada tu...mau lajak lagi ntah sampai kol berapa lah agaknye kan hahahaha

Hahaha bila dah seronok gitu, mula lah nak plan cuti2 GFs...ke Gambang katanye hehehe.... kat mana pon, asalkan dapat berkumpul, dah rasa syok gila dah 

Hehehe ok so layan le gambar yang tak seberapa ni (courtesy of Aisyah)

Front From Left : Aisyah and Aisy, Aida, Me and Auni Nadra, Amy and Amanda, Durr and Syasya Aina
Back From Left : Wan and Ainsofea, My Hubby and Adam (anak Wan & Aida), WanZul , Safwan Alif and Ketip


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20