Skip to main content

Tips tangani anak demam selsema

Hari ini kedua anak demam selsema..oh sungguh tak biasa sebab Aqeef memang sangat jarang dah demam nye, Auni pulak , ni second time demam selsema

Pengalaman banyak mengajar, saya bukan lah anti ubat sangat, tapi sebab pengalaman dengan Aqeef banyak mengajar, so untuk Auni, akan praktikkan benda yang sama..Alhamdulillah, masih dapat kawal demam tu

Okeh ni sedikit Tips atau cara yang Jiha amalkan bila anak demam selsema

1. Mandikan, sebab haba panas tu akan keluar
2. Lumurkan air asam jawa untuk turunkan temperature
3. Beri anak minum air kosong dengan banyak....for babies, kerapkan direct feeding susu ibu ye
4. Pakaikan baju yang nipis, no selimut
5. Kalau ada aircond, boleh pasang 
6. And ini wajib, Steaming...Alhamdulillah, works like wonders....lepas steaming, kahak cair, ingus banyak keluar, anak pon lega 

Kalau nak tahu steps camne Steaming ni, boleh refer my old entry ' Steaming the Dr Nadir Style'

Oh ya....selama buat Steaming kat Aqeef, takde sekali pon yang dia tidak menangis dan meronta...nampak macam mendera anak pon ye...So pagi tadi, buat kat Auni dulu, and suprisingly Auni sangat relax, mula2 die bebel2 la sebab hidung tersumbat kan, tp lepas tu die relax ala2 menikmati Sauna gitu hahahah, perasan Aqeef tengok aje adik dia...tak buat Aqeef right away sebab die baru minum susu, kalau nak steaming takleh bg minum and makan dulu, sebab takut die muntah makanan tu balik, tak elok untuk perut...kalau muntah kahak takpe

So tadi tengahhari, steaming la Aqeef, dah prepare mental and fizikal ni nak grip Aqeef sebab die dah besar lagi lah kuat rontaan nye....Tapi to my suprise, die tak menangis mahu pon meronta langsung...die relax as Auni pagi tadi....wah reverse Psikologi ni...mungkin die malu tengok adik selamba aje ngadap wap panas tu...hehehehe senang kerja ibu macam ni....

Oklah ni antara tips Jiha tangani anak demam selsema...oh ya, please get Thermometer tau, check temperature anak regularly. Play doctor2 dengan anak, tadi dia kata 

'ibu, check up ibu check up'

lepas tu kata ni pulak

'feel so much better now'

amboi pengaruh Doc Mcstuffin (Disney Junior la ape lagi hehehe)

If you guys ada cara2 lain nak tangani anak demam ni, boleh share link kat comments ye

Thanks :)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20