Skip to main content

Semanis Kurma TV9 : AURAT KETIKA BERSALIN

Assalammualaikum,

Semalam Jiha tengok ramai betul yang update status pasal Semanis Kurma: Aurat Ketika Bersalin

Nak cerita jugalah pengalaman sendiri

Anak pertama: Aqeef Danial, Hospital Kerajaan (Ampang)

Routine check up memang di Klinik Kesihatan Ibu dan anak. Kawan opis mostly pergi KK, so Jiha pon terpengaruh lah hehehe. Even kena menunggu lama hehee, Jiha mmg suka check up di KK, sebab lebih details.

Since check up di KK, so mindset ni dah kata ke Hospital Kerajaan aje. (Kawan opis pon bersalin di Hospital Kerajaan, hahaha peer pressure sungguh daku ni). Tambah pulak, baru kawen kan, tahap ekonomi kata

'ko beranak kat Hospital Kerajaan aje lah'

hahhaha

Doktor lelaki, Ya Allah malunye, dia yang pecahkan air ketuban, yg check bukaan, nurse lain pon ada juga yg tolong check juga, tapi malunye mmg tersangat2. Pulak masa bersalin, regardless ku rabun2 ayam tak pakai spek, nampak bebudak praktikal berdiri di hujung labour room, ada lelaki juga. Adoyai. Malu, tapi masa tu dah sakit sangat kan.

Ok, tapi ada hikmah bersalin di Hospital Kerajaan masa itu. Aqeef Danial kan quite critical sebab dah telan meconia, keluar2 tak nanges, dah biru. So duduk di NICU for a week. RM300 sahaja kos rawatan dia. (I remembered, my friend, same case, di Hospital swasta, cost them about rm20k)

Anak kedua : Auni Nadra, Private (Pearl Maternity Hospital)

For second one ni, Alhamdulillah, ekonomi bertambah baik. Plus dengan tuntutan kerja yang tak mampu nak curi masa untuk check up di Klinik Kesihatan, terpaksa pergi ke swasta.

Not as detailed as KK, tapi still OK for me. Dah kat swasta, mesti lah pilih Dr perempuan. Sebab tu tujuan utama suami ku pon. So, kami pilih, the famous Dr Rosita, the owner of Pearl Maternity Hospital. Check up ok, experience bersalin pon sangat best. Sorang je nurse yang handle masa tu, tp everything went smoothly. Alhamdulillah, mudahnya bersalinkan Auni Nadra and syukur, no complication.

Bayaran standard mana2 swasta, tapi sangat berpuas hati. Suami pon feels good sebab dapat Dr perempuan.

Kesimpulannya

Ikut kemampuan, kalau ditakdirkan ke Hospital Kerajaan sekalipun, mari lah berdoa dapat staff perempuan aje semuanya, ataupun ikut yang disarankan dalam perbincangan Semanis Kurma : Aurat ketika bersalin

Ni Jiha Copy Paste, ringkasan dari topik perbincangan Semanis Kurma : Aurat Ketika Bersalin

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20