Skip to main content

Impian nak ke BIG BAD WOLF tercapai

Alhamdulillah dapat juga sampai ke Big Bad Wolf (BBW)
Tahun lepas nak pergi. Tapi time ada di KL, Jiha di Penang, and bila dia buka di Penang, i di KL pulak.
Tahun ni Alhamdulillah ada rezeki nak pergi.
Hubby sampai KL pukul 130am td, initial plan.nak terus pergi lah kan sebab we both memang tak suka pergi tempat crowded. BBW if pergi siang alamat, nak masuk ke Mines tu pon dah jam, dalam tu mesti ramai gila, nak memilih buku pon tak tenang dibuatnya nanti.
Tapi macam tak sampai hati pulak nak bawa Auni Nadra pagi2 buta tu. Aqeef Danial boleh la tinggal kan, tapi Auni Nadra kan direct feed je so memang kemana2 akan ku bawa.
So pagi tadi lepas subuh kiterang bertiga pon zazazassss la ke sana. Sampai 645am. Nampak orang dah balik, ye jangan tatau orang shopping buku pepagi buta ye hehehehe. Sebab die bukak 24hours.
Masuk dewan tu, dah ramai tapi tak la crowded. My target is children's corner je.
So masuk dewan, terus belok kanan dan ke hujung belakang dewan. Situ la children's corner ye. Aduhai memang rambang mata tau.
Budget RM200, total damaged RM190 with 47books.
Hehehe murah kan. Kalau gi MPH ke beli buku banyak gitu, mau nak dekat 6 - 7 ratus.
Memang berbaloi lah, Alhamdulillah.
Buku2 lain pon banyak yang menarik ye, novels, sudoku and word search, buku resipi tapi i tgk hujung mata je la, sebab dah set budget RM200 je.
Mode: malam tadi dah excited sampai rasa blushing gila, sampai sana pon menyengih aje, ni dah sampai rumah sambil type entry ni pon daku blushing lagi, hahahaha poyo betul lah.
Oh lagi satu, kiterang tak enroll Aqeef to kindy next year huhu (after discuss with hubby), so I bought these books utk homeschool die next year. Harap ibu tabah, rajin dan SABAR menjadi teacher AQEEF DANIAL.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20