Skip to main content

Kelas Blogging yang paling santai ♥♥

Alhamdulillah, kelas blogging selama 2jam setengah berjalan dengan jayanya. MasyaAllah, anak Shaklee saya yang seorang ni memang rajin bertanya dan gigih nak belajar. Diam diam banyak juga entry blog dia. MasyaAllah rajin. Hari ini cuma bagi cantikkan lagi blog dia dan add few features juga. Pada masa yang sama, berjaya juga bantu dia set up Facebook Fanpage.

Bakal Supervisor Jan 2014


Bila ada anak macam ni, lagi lah semangat membara nak bantu dan guide dia supaya dia pon dapat jadi leader. Dapat rasa manisnye hasil bisnes Shaklee ni. Susah nak gambarkan perasaan melahirkan leader ni. Sebab bila dalam bisnes ni, kita makin dekat, makin rapat, bercerita tentang impian masing-masing. Ada yang nak jadi Work At Home Mom, ada yang nak bantu ibu dan adik-adik yang masih belajar. Kalau dapat bantu dierang melangkah satu tapak menjadi leader Shaklee, alangkah seronoknya.

InshaAllah semakin mudah perjalanan menuju ke Master Coordinator.

kak Zamzarina Saad yang rajin belajar...bakal Supervisor Jan 2014, InshaAllah

Aqeef enterframe pulak....ni selesai belajar hehehehe

Lepas kelas makan Nasi Arab di Qasar Hadramawt


Lapar bukan main..haus pon ye hahaha...mana tak 2 jam setengah membebel non stop kan hahahah. Kak Zam juga yang rekomen tempat ni. Nampak dia post kat Facebook dia. Oh rupanya ni branch baru buka kat Teluk Kumbar. Sebelum ni pernah makan dekat Perda, kedai yang sama juga.

Kami order Chicken Madhagout (tak sure eja nye) 1/2 kg...mak ai, banyak sungguh 1/2kg tu... share makan dengan Kak Zam dengan anak dia Aiman dan Aqeef Danial. Tu pon leh tapau yang tak abis tu, kenyang dah makan for dinner tadi hehe.

Husband ku sayang makan Lamb Madhagout. Sedapnye, Alhamdulillah. Kami ni memang pencinta kambing. Tapau juga chicken kabsah kot untuk suami kak Zam. Ok lah not bad juga price dia, untuk 3 menu ni dan 5 air buah, RM82. Puas hati sebab sedap sangat. Alhamdulillah rezeki untuk hari ini.

Kalau dari Bayan Lepas nak ke Teluk Kumbar, kedai ini di belah kanan.



Lapar dah ni agagaga
Tu dia.....nasi arab...sedap Alhamdulillah



Kelas Basic pula di Shah Alam

Ok yang ini memang saya jeles sangat ni.  Ikutkan hati memang nak stay lagi di KL, tapi sebab dah janji dengan Kak Zam untuk kelas blogging hari ini dan memandangkan kesiankan suamiku tinggal seorang diri di Penang, balik juga.

Kelas yang special

MasyaAllah, special sungguh kelas ini sebab Master Lyna Noh dan Master Hadhatina sanggup datang untuk coaching sama-sama. Bukan senang tu nak dapat jumpa dierang ni. (ok saya jeles hahahaha) 

Ok ni anak Jiha juga... Noraini, based di Shah Alam... ada gaya leader juga ni...bakal Supervisor Jan 2014 juga ni hehehe
my anak dengan my mak, my neni and my superneni....oh wish i was there ;)

Sekiranya korang berminat untuk sertai group kami yang best, supportive ini, boleh hubungi

JIHA 
0123807024

Alhamdulillah, I made the right choice <3<3

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20