Skip to main content

Abang pukul adik???????

Salam Jumaat yang indah semua.... Jom sempat kan diri kita membaca surah Al-Kahfi ye. Semoga semua dirahmati Allah S.W.T

ok berkaitan dengan tajuk di atas tu, Abang pukul adik..... huhuhuhu lately ni I noticed Aqeef Danial pukul adik dia lah. Auni Nadra ni boleh dikategori kan sebagai baby lasak hehehe dan garang. Suka cakar abang dia. Abang selalu melalak la, tapi sebelum ni tak nampak pon dia pukul adik dia tau. Ni bila adik dah pandai buat 'rampasan kuasa' (read : rampasan toys), Abang ni akan rampas toys dan pukul adik. Agak kuat lah dia pukul. Tapi adik muka selamba je tak nanges, masih nak meneruskan misi 'rampasan kuasa' tu.

Time sayang adik bukan main lagi, tapi toys kesayangan dia memang adik tak boleh nak pegang langsung la. Lego especially.  Pegang a piece of lego pon tak boleh, padahal bukan dia guna semua pon. 

Mohon siapa ada pengalaman macam ni, apa yang korang buat untuk elakkan benda ni jadi eh. Pening dah kepala ibu ni.

Anyway my Aqeef Danial is 4 year old this coming July and Auni Nadra will turn 1 this March.... 

pengedar shaklee penang

Comments

  1. sebenarnya...mana2 family pun ada situasi mcm ni...saya pun sama..anak2 bergaduh selalu..cuma apa yang perlu kita buat... kita kena bagi tahu tanpa jemu... bagi tau elok2 dengan abg..."abang kena sayang adik..abg kan kena jaga adik...kamu berdua kan adik beradik...tak sayang adik ke...cakap elok2..gosok kepalanya sambil bagi tau...waktu dorg tak gaduh pun...bagitau juga... dan cite pasal rasulullah... rasulullah..sayang budak2.. rasulullah tak pukul budak2... lama2 pesanan kita tu dia akan ingat... jangan jemu utk bercakap ngan anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu tu la...kena banyak bersabar dan cakap dgn rasional kan

      Delete
  2. jiha.. dani zara pon sama... dulu dani pukul adik.. sekrg zara plak pukul abang... mula2 ana tarik zara kalau dani nk pukul lagi.. sambil ckp xbaik pukul adik... skrg ni dh mcm xlut dah.. anak biar je, lama2 diam sendiri...

    ReplyDelete
  3. anak orang pn sama...adik lagi garang..abang macam aqeef..mula2 mengalah..skang ni asik nak bergaduh je...pening kepala..

    ReplyDelete
  4. sentiasa menegur perbuatan dia,tetapi jangan lupa memuji bila dia buat sesuatu yang baik.ianya akan menjadikan dia dihargai dan akan menghargai adiknya pula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20