Skip to main content

Kedai baju MURAH di Pulau Pinang

Hahaha hari tu kedai perabot, hari ni kedai baju murah di Pulau Pinang pulak ye....

Tapi ni baju untuk anak lah ye, baju untuk mak pak tatau la hehehe
Oh ye, zaman shopping online ni, YES...Jiha pernah la belikan baju untuk Aqeef dulu kat online shop, baju tidur dia murah la rm19..orang lain mostly jual rm25 macam tu. Tapi memang tak berapa nak puas hati la, kain nipis and cepat lusuh. Harap design baju je la yang comel. Huk Huk.

Sejak dari tu, malas dah nak beli baju online untuk anak-anak.
Tetapi...jeng jeng jeng...

Terjumpa satu online shop ni... Little Clothes nama dia.. tengok baju mmg comel, sleepwear, homewear dan lain-lain baju semua pun comel. Dan dia selalu buat sales yang harga nya da'bomb tau hehehe.


Nak dijadikan cerita, online shop ni ada kedai dan kedai dia kat Penang. Dan lagi best, 5 minit je lah dari rumah. Best kan. Murah lepas tu boleh pergi sendiri tengok material kain dia ok tak.

And YES, material kain agak berkualiti dan senang cerita, kalau baju tidur and baju siang tu memang beli kat situ je lah. Baju lain macam shirt and mak ai...dress and gown pun comel, cuma tak banyak sangat for babies...yang banyak choice untuk budak 2y -7y. Macam-macam fashion ada. Ala-ala korea pun ada hehehe.

Ok macam sekarang ni, Little Clothes tengah buat Pre-Renovation Sales... since memang baju tidur Aqeef Danial dan senteng-senteng. So apa lagi kan, cik suami saya pun memang takmo beli tempat lain. Dia kata baju kat tempat lain kat Jusco ke, Giant ke...sehelai dah rm25, tak comel pulak tu. Amboi boleh tahan picky jugak suami i ni hahahaha.

Ok antara offer menarik sempena Pre Renovation Little Clothes ni

For Sleepwear and Homewear (boleh mix)
Buy 3 for RM50


Girls and Boys Collection
Buy 2 Free 1


Ada juga yang Buy 1 Free 1

So semalam berjaya memborong sebanyak 15pasang baju... 10pasang untuk Aqeef Danial and most of them is Sleepwear la dan 5 pasang untuk Auni Nadra. Actually Auni Nadra yang muat dress tu je, Sleepwear tu besar sebenarnye for 2y tp sebab comel ibu amek jugak.... baju ok muat badan cuma panjang...tapi seluar memang panjang sangat lah hahahahaha.

Saya buat iklan FREE untuk kedai online ni hahhaa...takde komisyen ok...suka nak share kat orang sebab memang comel dan murah hehee..

Ok mari melayan gambar ye ♥♥
pengedar shaklee penang
Belah kiri tu Homewear..kanan tu Sleepwear

pengedar shaklee penang
Boys Collection Buy 2 Free 1...satu lagi test bagi Aqeef pakai kat kedai, pastu dia taknak bukak dah...baju Spidey hehe


pengedar Shaklee Penang
3 dress yang gantung tu Buy 2 Free 1, kain dia sangat bagus, soft...haha yang bawah tu sleepwear tapi besar hehehe

Comments

  1. assalammualaikum... puan tumpang tanya..
    kat area mn kedai little clothes nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sg ara, tahu tak ada satu kedai jeruk cina yang berdepan dengan sekolah rendah sg ara....

      little clothes ni bekalang kedai jeruk ni je

      Delete
  2. masih ada lg ke skrg ni ye? kalau ada nk g lah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20