Skip to main content

Kehidupan sebagai Work at Home Mother best ke tak????

Alhamdulillah... lagi sebulan genap lah setahun dah menjadi Work at Home Mom, tak sangka betapa cepat masa berlalu. Nak setahun dah.

Yang paling seronok tentulah anak-anak kan. No more working late hours, no more working on weekends. Dan lagi untung, Auni Nadra...tak merasa pergi ke taska atau babysitter...24jam dengan ibu

Jadual seorang Work at Home Mom atau nama pendeknya WaHM

Mula-mula memang agak kelam kambut la. Pagi nak prepare breakfast, nak mandikn dua anak, nak prepare food for lunch, nak kemas rumah yang neverending tu hahahaha. Fuhh kena pulak Aqeef kejap-kejap sepahkan toys dia. Mana nak update fb, blog...layan anak Shaklee, layan customers lagi kan.

Auni Nadra si Dora the explorer suka sangat kumbah barang. Favourite spot dia ialah kumbah kotak stok barang Shaklee ibu tau. Siap lah Jumaat ni almari cantik untuk stok Shaklee ibu sampai tau, no more kumbah-kumbah haaa.

And anak dara ni a bit clingy compared to abang. So ada masa-masa memang kena tinggalkan kerja rumah untuk kendong dan susu kan dia. Nasib baik la ada smartphone so kedai Shaklee ku sentiasa on hehehe

Sebenarnya hari itu akan berjalan dengan smooth bila ibu bangun lebih awal dari biasa dan anak-anak lewat bangun. Terus efektif dan banyak task dapat disiapkan hahaha.

Bila anak bangun awal dan Auni Nadra nak mengempeng, agak lari sikit timing tu hehehe. Tapi takpe, hari start lambt...kena la abes lambat juga (lambat lah tidur nampaknya hehe)

Bebas bercuti

Ya Allah ni lah paling nikmat nya. Masa with Sirim, cuti tahunan not bad la ada 24 hari, tapi banyak dihabiskan sebab dulu banyak dugaan kesihatan for Aqeef Danial. Selepas dia setahun, Alhamdulillah tahap kesihatan semakin baik, eczema baik, takde dah dpt bronchitis batuk selsema semua.

Bila kerja di Kobe, cuti hanya 14 hari dan prorated. So kalau nak cuti lebih dalam bulan tu, kena ambil UNPAID LEAVE. Nasib baik lah Aqeef Danial masa ni takda masalah kesihatan.

Now jadi WaHM ni, Alhamdulillah seronoknya, nak pergi mana-mana pon senang. Dan Alhamdulillah syukur sangat, Auni Nadra is a healthy baby. Demam sikit-sikit tu ada lah tapi terkawal dengan sponging, lumur air asam jawa and steaming. 

Harap-harap kami sekeluarga dan anda semua diberi kesihatan yang baik dari ALLAH S.W.T

Misi saya sempena setahun menjadi WaHM

Sekiranya anda berimpian menjadi seorang Work at Home Mom, Jiha sudi membantu menurunkan ilmu bersama-sama Shaklee. Misi saya sempena setahun menjadi WaHM adalah untuk membawa lebih ramai ibu bekerja untuk menjadi WaHM

Jom sertai Misi menjadi WaHM ni...InshaAllah dengan USAHA, DOA, TAWAKAL... INSHAALLAH BOLEH!!!!

Hubungi Jiha
0123807024

atau boleh refer link ini ya --> Cara Nak Hubungi Saya


pengedar shaklee penang
my everyday routine hehehe cuma cat itu takda

Comments

  1. nice entry ;)...jemputla follow saye
    ceritacahayasempurna.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam...just melawat blog... nanti leh singgah ke blog http://azharazfar.com dan http://rozitalib.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20