Ok Melaka is a nice place to visit kan...banyak sangat tinggalan sejarah dan tempat2 menarik (tempat makan hehe yang korang boleh pergi)
Jiha pon dulu duduk Melaka tau...masa kecik...ada lah dalam 2 ke 3 tahun...di Taman Bukit Rambai dan di Kem Terendak.
So meh nak cerita pasal Melaka sikit...dari segi sejarahnya...Kesultanan Melayu Melaka
(Oh di akhir cerita, I'll let u know why I love Melaka and apa kaitan nya dengan Shaklee di hati ku ini hehehe)
PENGASAS MELAKA
Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.
Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.
Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
MELAKA MENDAPAT NAMA
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya
menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas
berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang
Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang
akan menghasilkan kejayaan.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena
nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.
PENTADBIRAN MELAKA
Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk
memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar
Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar
Bertiga Puluh Dua.
memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar
Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar
Bertiga Puluh Dua.
KEISTIMEWAAN MELAKA
Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun
amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal
kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat
tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
PERKEMBANGAN MELAKA
Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada
tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Sultan Megat
Iskandar
Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri
Maharaja, yang
kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah,
Melaka" (1424-1444).
Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau
diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda
Puteri Rokan, Raja
Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri
Rokan,
orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja
Ibrahim dan dimakamkan dengan
gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri
pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan
memakai gelaran
"Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan
mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah
Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu
seperti
Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama
Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua
serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai
oleh Awi Chakra melalui
darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun
Hamzah
(Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam
melancarkan serangan kedua pada 1456 yang
diketuai oleh Awi Dichu melalui
laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini,
dengan mudah.
Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam
tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar
Melayu Melaka. Tun
Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka
Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu
kekuasaannya di
Kepulauan Melayu.
ISLAM DI MELAKA
Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera
kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula
berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
(1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang
Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama
Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula
berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah
(1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang
Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama
Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
- Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13.
- Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
- Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut
- menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan
- di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan
- Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk
- tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
- Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan
- memeluk agama Islam.
- Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama
- bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan
- madrasah.
- Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah
- menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
- Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
- Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk
- bertanyakan hal-hal agama.
- Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
- Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim
- Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
- Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
- Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
- Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar
- dalam urusan pentadbiran.
KEJAYAAN MELAKA
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat
perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada
Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan
yang lebih besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka
telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan
Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya
merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang
dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang
dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik
tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat
martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana
pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja
yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan
yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan
negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa
Siam dan Jawa telah meminta naungan dan
perlindungan daripada kekuasaan Melaka.
Contoh negeri tersebut ialah
seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah,
dan Patani yang secara
sukarela datang
mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula
sebagai ‘abang tua’
dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim
salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka
sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka
telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam
dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan,
menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan
hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka
bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya
dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan
wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai
sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu
bertindak sebagai penerima atau pembeli
barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang
Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang
dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Walaupun Melaka
merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada
Srivijaya kerana
Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakan
seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
KEGEMILANGAN MELAKA
Pada tahun 1459, Sultan Mansur
Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang
strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar
yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan
diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po
dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan
Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantarTun Perpatih
Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka
pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang
berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum
Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur
di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan.
Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai
orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah,
empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri
daripada Semenanjung
Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama
Melaka
ialah Siam di utara dan Majapahit di
selatan. Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan
jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun
ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga
kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah
gagal.
KEJATUHAN MELAKA
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud
Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan
merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia
Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua. Begitu juga dengan
Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami
rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan
seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang
mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin
Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh
itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan
sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de
Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di
Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang
tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali
Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana
orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri, disamping
perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan
supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada
laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh
Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka.
Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak
oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak
Portugis berjaya menawan Kota Melaka
pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke
Pahang di pantai timur di mana beliau gagal
dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke
selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat
dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya
di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan
dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima
ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang
diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan
Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan
Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada
tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya
mengepung Kota A Famosa sehingga pihak
Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan
seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas
dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud
Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi
anakandanya, Tengku Alauddin
Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar
yang
berkuasa dan yang mencapai keunggulannya
pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda
Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah,
dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan
mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan
Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di
Kampar pada tahun 1526.
SAYA SUKA MELAKA DAN KAITAN DENGAN SHAKLEE
Ok apakah kaitan Shaklee dengan Melaka. Bila sebut Melaka, sejarah yang paling Jiha ingat ialah
'perdagangan'. Di mana ramai pedagang-pedagang di seluruh dunia akan berlabuh di Melaka untuk berdagang.
Dari dulu lagi orang dah berniaga, malah dari zaman nabi-nabi kita pon kan. Sebab rezeki yang melimpah ruah
Allah telah janjikan kepada hambaNya yang berniaga. Dan of course dengan cara yang betul lah, baru lah
berkat rezeki itu.
So bila teringatkan Melaka dan kisahnya sebagai pusat perdagangan tersohor di tanah Melayu, Jiha dapat
relatekan diri Jiha dengan Shaklee sebab sangat suka berniaga Shaklee ni.
Dan InshaAllah, bulan April nanti, Jiha pon nak jadi pedagang juga tapi kat bukan kat Melaka lah...tapi
berdagang ke Jogja dan Jakarta. Semoga urusan perniaagaan di sana berjalan dengan lancar.
Okeh nak tahu apa lagi yang best nya pasal Melaka dan Shaklee pada Jiha, baca bawah ni
Akhir Desember 2013, berjaya pujuk husband untuk jalan2 ke Melaka..boleh refer to my link ye tentang
kisah percutian serta tempat makan-makan yang istimewa kat Melaka.
'perdagangan'. Di mana ramai pedagang-pedagang di seluruh dunia akan berlabuh di Melaka untuk berdagang.
Dari dulu lagi orang dah berniaga, malah dari zaman nabi-nabi kita pon kan. Sebab rezeki yang melimpah ruah
Allah telah janjikan kepada hambaNya yang berniaga. Dan of course dengan cara yang betul lah, baru lah
berkat rezeki itu.
So bila teringatkan Melaka dan kisahnya sebagai pusat perdagangan tersohor di tanah Melayu, Jiha dapat
relatekan diri Jiha dengan Shaklee sebab sangat suka berniaga Shaklee ni.
Dan InshaAllah, bulan April nanti, Jiha pon nak jadi pedagang juga tapi kat bukan kat Melaka lah...tapi
berdagang ke Jogja dan Jakarta. Semoga urusan perniaagaan di sana berjalan dengan lancar.
Okeh nak tahu apa lagi yang best nya pasal Melaka dan Shaklee pada Jiha, baca bawah ni
Akhir Desember 2013, berjaya pujuk husband untuk jalan2 ke Melaka..boleh refer to my link ye tentang
kisah percutian serta tempat makan-makan yang istimewa kat Melaka.
Tapi yang paling bermakna, sebab dalam berjalan makan angin tu, handphone memang sentiasa melekat
sebab ialah sehari sebelum closing. Pulun habis ni, dan akhirnya manis yang dapat. Setelah hampir 7 bulan
di rank Supervisor, December yang manis di Melaka, berjaya naik ke rank baru Sr Supervisor.
sebab ialah sehari sebelum closing. Pulun habis ni, dan akhirnya manis yang dapat. Setelah hampir 7 bulan
di rank Supervisor, December yang manis di Melaka, berjaya naik ke rank baru Sr Supervisor.
Oh Melaka, I need to come and visit u again
oh ya...lets give credit to tuan punya blog on Kesultanan Melayu Melaka ni....very informative...
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies