Skip to main content

Motivation & Rally Penang di Sunway Carnival Convention Center

Masih tersenyum dan terbayang lagi keseronokan Motivation & Rally Penang di Sunway Carnival Convention Center semalam. Rasa dihargai :)

Penting tak dalam sesuatu company tu untuk ada teambuilding ke, annual dinner ke, jamuan raya ke dan apa-apa je lah acara yang menarik.

Penting ye, Jiha sendiri pernah bekerja di 3 company sebelum menjadi Wahm. Bila company buat family day ke, teambuilding ke memang bukan main seronok dan bersemangat lagi lepas tu. Rasa dihargai sebagai pekerja. Lagi-lagi masa acara tu, ada acara serah hadiah atau sijil bagi pekerja yang cemerlang. Oh lagi semangat dia tu lain macam. Ada company yang tak de acara macam tu, memang rasa kurang motivated hehehe. Kene self motivated je macam tu. Heheheh

Jadi rugi lah kalau ada company yang kedekut dengan menyekat budget untuk acara macam ni tau. Hargailah pekerja, InshaAllah performance company pun akan semakin baik.

Alhamdulillah, dalam Shaklee pun macam tu. Semalam ada acara Motivation & Rally dan juga untuk meraikan Chinese New Year. MasyaAllah, ramai orang datang. Acara ni khas utk orang Utara. Jadi ramai SID dari Perlis, Kedah dan tentunya Penang sendiri datang memeriahkan majlis.

Masa mula-mula dapat surat jemputan sebagai penerima hadiah. Rasa teruja sangat. Terus tanya hubby boleh tak nak pergi. Alhamdulillah hubby bagi greenlight terus reply email Shaklee.

Hehehehe betapa teruja nya. Ni di atas pencapaian setakat December. Masa December, Jiha closing dengan Sr Supervisor. Jan bulan lepas dengan Coordinator. Hehehe ingatkan dapat naik pentas dengan ribbon Coordinator, tapi die ikut rank yang dapat masa dalam surat jemputan tu hehehe.

MasyaAllah ramai leaders, Jiha mengimpikan next rally, semua susurgalur Iron Millionaires je yang amek hadiah....oh so excited dan pasti terharu tengok anak cucu l
ku berjaya....sob sob sob
Ok lah mari kita melayan gambar dulu ye

pengedar shaklee penang
Naik pentas bawak anak...tak salah pilih company, family oriented :)

pengedar shaklee penang
Next semua anak cucu Shaklee saya pulak naik pentas

pengedar shaklee teluk kumbar
Anak saya yang rajin attend kelas, InshaAllah lepas ni kak Zam pulak 

pengedar Shaklee Penang
Excited nya dapat jumpa team Supermom...kiri sekali Jatt, tengah tu Master Norhanita...mari menyerap aura :)

pengedar Shaklee penang
dengan emcee Sharifah...datang dari Head Office ni

pengedar shaklee penang
Dengan Ethan, Sales Director Shaklee

Pengedar Shaklee Penang
happy...tak sabar untuk National Conference pulak ;)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20