Skip to main content

Boots from Wakai

Hehehe pencarian boots ku yang selama ini asik gagal aje.

Yus balik bawa pulang sepasang boot. Anjat gegirl. Mula-mula dia kata nak beli kasut sedondon suami isteri. Tup tup dia belikan boot pulak hehehe.

Hadiah Birthday ke 31

Hehe ingatkan takda hadiah dah sebab hari tu dah bagi a bouquet of roses dan gift from famous amos and lunch treat yang best.

Sekali tu dia bawak balik Boot. Hehehe... tq la cik suami.

Wakai Shoes

Actually tak pernah dengar pun brand Wakai ni. Rupanya belum ada kat Malaysia lagi. Wakai ni dari Jepun. Semalam jenguk-jenguk la Instagram nya, coming soon to Malaysia.

Tapi yang pasti, sangat-sangat comfortable. Kawan Yus la dok lobi beria kata comfort betul. And memang betul.

Bila tengok Instagram dia, Wakai ni more on loafers, which saya sangat suka pakai loafers je. Senang nak berjalan dengan dukung anak.

Oh ye ada juga wedges, and ada satu yang ku dah ter berkenan ni. So next target wedges itu dan loafers suami isteri sedondon....awwww romentik gitu hehehe.

Kasut sampai lusuh

Tahu tak Jiha ni jenis tak banyak kasut. Hahaha. Pakai satu kasut sampai lah dah buruk, baru ku tukar. Ntah laa. Dulu masa muda remaja, banyak lah kasut. Sejak jadi mak-mak ni, satu kasut je ku lenjan.

Tapi rasanya dah perlu menambah koleksi kasut kot. Boleh tukar-tukar and tahan lama sikit satu-satu kasut tu kan.

Kasut yang selesa

Selalunya memang Crocodile dan Hush Puppies lah. Tapi ni dah ada yang lebih selesa, so must put Wakai in the list. Lagi la nanti outlet dia dah bukak kat Malaysia. Senang sikit mau beli.

Clarks tak pernah try. And I think it is too expensive. Ahahaha kalau untuk diri sendiri je rasa semua mahal. Kalau beli untuk Yus, takpe aje pulak. Ayayai suami dan anak-anak memang priority shopping ku agaknya.

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20