Skip to main content

Kenapa saya nak sangat jadi WAHM??

Salam semua...

Mungkin orang tak rasa apa yang Jiha rasa or ada rasa tapi still boleh handle.

Ok nak cerita kenapa lah Jiha nak sangat jadi WAHM dan sanggup melepaskan career sebagai Engineer

1. Anak
Tahu tak masa Jiha kerja dulu...ada masa yang Aqeef Danial tak nampak langsung muka ibu seharian. Pagi2 hantar die ke taska die dah tidur, malam ambil die dah tidur..... sampai pernah cakap

'Ibu asek work aje'

Oh this is so not the life that i wanted.

2. Suami
Terpaksa berebut2 dengan suami. Dia pun banyak kerja and memerlukan dia pulang lewat. Tapi kalau dua2 lewat, siapa nak tengok anak.

Ada masa tu, Aqeef Danial di taska je....sampai malam baru kami amek dia.

Lagi sebab anak juga.

3. Breastfeeding
Alhamdulillah abang Aqeef Danial lengkap menyusu 2 tahun. Dengan workload and meeting tak tentu masa, Jiha tak pasti macammana dan bila masa nak pump susu nya. Dengan bilik susu tu hanya boleh masuk sorang je pulak tu..berebut2 ibu menyusu nak pump (Alhamdulillah semakin ramai orang yang pump susu sekarang)

So demi anak kedua....nak menyusukan dia lengkap 2 tahun...so sebab itu jugak lah Jiha nak sgt jadi WAHM

Adalah beberapa hal kerja yang juat rasa mmg nak berhenti kerja hehehe....Hari2 dok whatsapp husband kata nak berhenti... masa tu Jiha mmg dah ahli Shaklee tp cuma makan sendiri. Tapi syukur mama Shaklee masukkan Jiha dalam group support juga. Dari situ Jiha tengok betapa bersungguh nye adik beradik Shaklee buat bisnes. So I want to do this too.

Syukur sangat dipertemukan dengan bisnes Shaklee. Now I am a WAHM and I earned more than double of my previous salary.

Demi anak...rezeki anak... ♥♥

Comments

  1. Bila dah rsa baru tau macam mana...dan i want to be a WAHM...doakn akak ye

    ReplyDelete
  2. Bila dah rsa baru tau macam mana...dan i want to be a WAHM...doakn akak ye

    ReplyDelete
  3. Wahm mmg jual shaklee je ke? Bisnes lain xde ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pilih Shaklee sebab produk kesihatan...seronok dan rasa best bile org lain sihat...

      anyway ramai je wahm buat bisnes lain hehehe

      Delete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20