Skip to main content

Co-sleep sampai umur anak berapa tahun?

Salam dan semangat pagi semua..

Hari tu Jiha ada share tips untuk asingkan tempat tidur anak kan...kat SINI

Memang lebih selesa bila dah tidak tidur sekatil ni. Sebab kita dah la menyusu kan. Selalu tidur mengiring. Pastu kalau tambah dengan penuh umat atas katil ni, bertambah sengsara lah pinggang ku hehehe.

Abang Aqeef oh Abang Aqeef

Jiha ada jugak share yang Aqeef ni dia akan tersedar dan datang tidur bilik kita juga. So sama juga ler...sempit balik katil ku.

Auni menangis bila terkurung

Unlike Aqeef masa kecik, anak dara sorang ni memang allergic betul dengan baby cot. Kalau time die sedar kita letak dalam babycot, dia melalak sampai tak keluar suara. Kalau dia tidur ok la. Tapi bila malam jaga nak susu, melalak..buat ibu sakit kepala sangat sebab bangun terkejut.

Transform baby cot.

Untuk selesaikan masalah katil sempit dan masalah sakit kepala akibat bangun terkejut, Jiha pun ubah la babycot. Buka side yang boleh turun naik tu, dan rapatkan ke katil. Jiha sendal dengan side table je. Boleh juga nak ikat kaki baby cot tu pada rangka katil.

Alhamdulillah lega sangat tau, Auni bila bangun malam sudah tak menjerit dah. Dah tak terkurung kan. Bila dia nak susu, dia merangkak je kat Ibu. Selesai susu, Ibu roll die masuk ke baby cot balik.

Fuh lega lega.

Hehehe tapi yang kelakarnya, si abang Aqeef pun sama nak sibuk tidur dalam baby cot tu. Hehehehe tak padan dah besar.

Umur berapa sesuai untuk pisah tmpt tidur

Aqeef dah 4 tahun dah, patut boleh dah tidur bilik sendiri. Tapi takpe, kita slow and steady dulu. (Sebenarnya pun ibu macam tak sampai hati bila dia kata nak tidur bilik ibu hehehehe)

Ok...make sure kita dapat a good night sleep untuk dapatkan kulit yang CANTIK hehehe


Comments

  1. Khayra dah tdo bilik sendiri! Yeay! Bila dah ready, xyah suruh pon, dia yg nak. Hopefully xlama lg aqeef pon gitu la k. Now tunggu turn khaleef pulak. Bile la agaknye tu huhuhu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20