Dari seorang Engineer menjadi seorang Work At Home Mom. Kenapa??
Ini ceritanya......
Tiada masa bersama keluarga
Kerja kerja kerja dan lebih menggila bila ada isu kualiti. Memang tak jumpa anak. Hantar ke taska pagi-pagi dia masih tidur, sampai rumah lewat malam pula dia dah tidur. Mana masa kualiti si ibu bersama anak? Tiada!!!
Tiada masa nak pam susu ibu
Memandangkan Aqeef dulu dapat susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun, jadi Jiha memang pasang niat yang sama untuk baby kedua. Stress ibu mengandung ini bila memikirkan lepas naik pantang nanti, bila nak pam susu, pam secara konsisten kalau tak sudah-sudah dengan meeting.
Nekad bisnes semasa dalam pantang.
Sepanjang mengandung memang Jiha amalkan suplemen Shaklee dan Jiha lihat ramai yang buat bisnes ini dan berjaya, jadi kenapa tidak Jiha sendiri. Lagipun sebab dah yakin sebab diri sendiri dah amalkan produk Shaklee ni kan. Jadi beberapa hari sebelum melahirkan baby kedua, sudah mula buat sharing dan dapat la sales.
Rezeki semakin bertambah selepas melahirkan baby, susu meriah, badan sihat semasa pantang. Jadi ibu-ibu lain di luar sana pun teruja nak mengamalkan Shaklee juga. Alhamdulillah, selepas pantang dapat naik rank Supervisor dengan income 4 angka Jiha yang pertama. Semakin yakin dan Jiha pun tender resignation letter masa tu juga.
Kini seorang WAHM.
Sejak March 2013, Jiha telah dapat title baru iaitu WAHM...Work At Home Mom. Syukur sangat dapat membesarkan anak sendiri di depan mata dan masih mampu menjana income hanya dari rumah.
Alhamdulillah hidup pun semakin gembira. Masa Kualiti dengan anak pun ada, rumah pun semakin terurus. Syukur sangat.
Dengan company yang stabil serta produk nya yang berkesan dan selamat, memang ini lah pilihan yang tepat untuk menjalankan bisnes. InsyaAllah.
u inspired me sis...sya pun da tender resignation...no turning back..lantaklah org nk kata amik engineering bgai rugi brwnti keja bgus..huhu
ReplyDelete