Hehehe suka korang ye baca pengalaman Jiha hampir dicekup JAIS tu....siapa belum baca, baca SINI
So amek la kesempatan sempena National Conference ni, since dah dekat dengan Shah Alam. Kami pun pergi lah buat kad nikah. Hehehhee setelah 5 tahun kahwin ye. (Sila jangan tiru hahaha)
Bangunan Sultan Idris Shah
Ok senang je ni, lokasi dia betul-betul opposite Masjid Besar Shah Alam. You won't miss it. Besar.
Ok once dah masuk perkarangan tu, ada beberapa bangunan. Bangunan untuk buat Kad Nikah tu belah kiri korang. Masuk lobby bangunan, di belah kanannya.
Apa yang perlu ada?
Ok, simple aje yang perlu bawak Jiha ada share kat gambar bawah tu.
Siap isi borang (amek atas kaunter tu)
1 keping salinan fotostat SIJIL NIKAH
1 keping gambar ukuran passport suami dan isteri
RM40 untuk 2 keping kad nikah
(Additional rm10 kalau nak suruh pos, tapi ni dia takde issue resit)
Dah siap isi, nanti encik kat kaunter tu akan bagi no giliran. Tunggu jap je, tadi macam tak ramai. Dah serah semua tu, dia bagi resit. Kalau nak pick up, dalam 5 hari bekerja baru siap.
Pesanan khidmat Masyarakat
Buat lah Kad NIKAH dengan segera bagi mengelakkan peristiwa hampir dicekup-cekup ye hehehhee.
hahahairus
ReplyDeleteCiare.. .dalam mykid takde nama ibu...ada nama ayah je...die mau bukti husband and wife...tu yg buat jugak tu...kalau tak jenuh nak angkut sijil nikah ke mana2
ReplyDelete