Skip to main content

National Conference Shaklee : SAYA NAIK PENTAS!!

Alhamdulillah hari pertama dah pun berlalu. Sungguh semangat dan rasa bangga dengan pencapaian cycle lepas.

Check in at The Saujana Hotel Kuala Lumpur

Alhamdulillah ini lah C ke 3 iaitu Conference. Free 5-star treat for National trip. InsyaAllah tahun depan kita pergi Italy pulak. Gambatte.

Cantik hotel ni and semalam lunch nya pun sedap. Sedap sangat. Tak ku sangka Vege Lasagna can be this delicious. Hehehe

National Conference di Sunway Pyramid Convention Centre

Dari Saujana ke Sunway, Shaklee dah provide bus. So lepas lunch kami terus la naik bus ke SPCC. Hehehe feeling pulak naik bus kan.

Sampai kat SPCC, ramai nya orang beratur. Nasib baik dah siap-siap register kat Hotel.

CAR BONUS ACHIEVER

Alhamdulillah cycle lepas Jiha dah berjaya dapatkan Car Bonus. Masa di rank Supervisor lagi. Syukur sangat. Dapat naik pentas bersama Yus dan anak-anak semalam. Rasa nak sengih je sampai ke telinga. Rasa bangga sebab dapat bawa mereka naik sekali. Sebab mereka lah yang buat Jiha nak berhenti kerja, yang buat Jiha nak buat Shaklee betul-betul. I love my family ♥♥

Target di National Conference tahun depan

Master Coordinator Siti Najihah & Mohd Hairus Izman ♥♥

Super-Star Award

Bolot Car Bonus dan award semua kategori

Semua empayar IRON MILLIONAIRES bolot award juga.

Amin....doakan ye ♥♥

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20