Skip to main content

Pengalaman hampir dicekup JAIS

Assalammualaikum dan SEMANGAT PAGI semua!!!

Jiha bersiaran dari Shah Alam ni. Semalam seharian attend kelas 'Shine Your Way' anjuran Supermom Sisters. Memang terasa kehebatan nya.

PENCARIAN HOTEL

Alkisah nya begini, semalam lepas habis kelas, kami mencari-cari hotel kat sekitar seksyen 7 je la sebab hari ini plan nak jalan-jalan cari baju untuk National Conference dan Glitter Nite minggu depan. Kat seksyen 7 ni mak ai, bukan main macam-macam butik ada eh. Nasib baik la zaman I student Uitm dulu belum ada lagi, kalau tak mesti kopak ahahaa. Kaya betul student sekarang eh. Selambe je masuk Sugarscarf la, Fareeda la. Acik sekarang ni pakai shawl murah Thamcit rm5 je nak oi.

Ok berbalik pada topic di atas, pusing-pusing kebanyakkan hotel kat situ penuh. Lupa pula cuti sekolah, mungkin ramai nak bercuti ke I-City kot ke?

So kami pusing la ke area kedai belah sana sikit. Alhamdulillah ada kosong, so kami pun check in la kat Hotel DeArt. Ok la price not bad...Bilik Superior (No window) RM138, oh tp sebab peak season kena tambah additional RM10. Dapat breakfast for 2 kat Hailam Kopitiam kat bawah hotel ni.

OPS MAKSIAT JAIS

Gigil kau ahahaha. Malam tadi lepas kepenatan attend kelas and pusing-pusing few kedai, balik hotel untuk closing lagi...semua terdampar la, tv pun tak tutup. Dengan Yus tertidur bertowel nya sebab baru lepas 'melabur' hehehe. Anak-anak dah lama lena diulit mimpi dah hehehe.

Tiba-tiba dengar orang ketuk pintu. Tengok jam masa tu dah pukul 230am. Fire drill kah ini? Sebab ngantuk sangat, Jiha selubung je la dengan selimut sebab malas nak capai baju semenggah dan tudung kan...Yus pun bukak la dengan bertowel tu...sekali

'Kami dari JAIS'

Opocot mak kau...anjat gegirl. Hahaha

Dah la suami ku bertowel kan...hehehe.

Tapi lepas dia nampak anak-anak syurga dua orang tu...dia kata

'Ok, berkeluarga ye'

Tapi, Alhamdulillah la petugas JAIS ni memang buat kerja betul, dia mintak pulak kad nikah

Ahahaha sudah. Kiterang memang takde kad nikah. Tak sempat je nak buat sebab dulu keje Sepang, nak buat kene gi Shah Alam, Yus pulak dulu keja kat Penang (hahaha alasan je ni)

So dia kata macam tu bagi sijil nikah je la...haha ini lagi satu hal...sebab kan selama ni kami dok bawak la sijil nikah dalam purse...dah nak terkoyak...so kami keluarkan dan simpan dalam fail kat rumah. So memang selamba kodok je la ke mana-mana tanpa bukti dah menikah. Konon anak-anak je la bukti ahahaha.

Pastu encik Jais mintak nak tengok gambar kahwin. ( I masih selubung bawah selimut ahaha)

Yus pun bukak la Facebook dan tunjuk profile picture ahahaha. Ape da...tu gambar untuk majalah Shaklee Today.

Agaknya encik Jais tu kesian la tengok suami I terpisat2 sampai bukak FB bagai...die pun kata takpe la...tapi pesan lain kali kene bawa...siap dia cakap

'Ni sebagai pengajaran la, lain kali bawak ye'

Hehehe baik lah baik lah...lepas ni kene usaha gi buat kad nikah tu jugak Hehehe.

Terima kasih encik JAIS sebab buat operasi macam ni. Peringatan untuk pasangan suami isteri macam kami yang lalai ni.

Dan hopefully semalam tiada la hasil tangkapan. Sedih kalau ada yang buat maksiat pulak. Huhu kalau takleh nak kawal nafsu, kawen je la adik2 oi. Jangan tambah2 dosa...dosa besar tu dik... dan kesian kat mak bapak.

Ok la...sekian cerita pengalaman hampir dicekup JAIS dari saya. Hehehhee

Comments

  1. terpaksa like cerita kantoi nih

    ReplyDelete
  2. Adoila...kalau kena tangkap jais..tak pasal2 masuk metro ko jiha...

    ReplyDelete
  3. Baru dpt ilmu dr teacher nurul, tonjol diri dlm surat khabar.. hampir da cuma 'xde rezki' nak masuk paper.. hihihi

    Cepat2 wat kad nikah tau

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. adoila jiha oi.. peringatan jugak utk kami yg xbuat lagi jugak ni.. huhu..

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. adoila jiha oi.. peringatan jugak utk kami yg xbuat lagi jugak ni.. huhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20