Skip to main content

IFTAR IRON MILLIONAIRES DI RESTORAN PUTERA AYU, PADANG JAWA

Alhamdulillah, berkesempatan nak Iftar bersama anak cucu Iron Millionaires. Tu pun tak ramai dapat join sebab dah ada program Iftar lain hehehe...takpe lah... nanti kita buat Jamuan Riang Raya Iron Millionaires pulak ye.

Kami Iftar di Restoran Putera Ayu, Padang Jawa, Shah Alam. MasyaAllah banyak betul perubahan Padang Jawa ni tau. Dulu masa zaman student takda pun deret2 kedai. Now dah ada deret2 kedai baru...dah banyak kemudahan lah.

Kalau dulu gi Padang Jawa sebab pergi beli Karipap besar je hehehe. Karipap ada inti telur rebus. Famous gerai acik tu. Kejap je dah habis kuihnya. Kalau nak kena pergi awal. Sekarang ni tatau la ada lagi tak gerai acik tu.

Oh berbalik pada Iftar di Restoran Putera Ayu tadi. Makanan ok lah not bad. Tapi terlalu pedas sangat kot untuk Jiha. Dah tua ni lidah ni tak tahan pedas. Tapi suka pedas, rasa puas makan cuma lidah je la. Pijar semacam.

Masa tu Jiha amek Pakej Delima rasanya dan tambahan Pakej Ramadhan 1. Alhamdulillah cukup rasanya. Cuma air je la tak cukup hahaha. Order extra 2 jug jus tembikai dan lepas tu beberapa gelas air panas.

Pakej Delima ni utk 5 orang makan. RM155
Siakap masak 3 rasa
Tomyam
Kerabu Mangga
Daging Blackpepper
Kailan ikan masin
Ikan pari bakar
Sepinggan Buah-buahan
1 Bowl nasi
1 jug jus buah

Pakej Ramadhan 1 pulak untuk 2 orang makan RM50...size semua small la sebab untuk 2 orang makan kan...
Siakap 3 rasa
Tomyam
Kailan ikan masin
2 pinggan nasi
2 teh o ais
1 scoop ice cream

Harap anak cucu ku kenyang le. Alhamdulillah tak lah terlebih tak le terkurang sangat makanan nya.

Tapi air memang kena lebih. Heheheh.

Ada juga Surau disediakan tapi agak sempit la.

Review Jiha untuk Restoran Putera Ayu ni 6.5/10 kot hehee.

Seronok dapat jumpa anak cucu sebenarnya. Excited daku hahaha. Ye la duduk Penang kan, selalu jumpa online je... ni dapat jumpa depan2 lagi syok la rasa.

Looking forward for makan-makam raya pulak nanti dengan dierang. ♥♥

Comments

  1. best best.. ana pun tak berkesempatan lagi nak buat iftar ngan anak cucu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20