Assalammualaikum,
Cabaran blogging Day 3 ialah Tempat Makan Best.
Ok lah, 2 tahun lebih dah menetap di Penang. Orang kata Penang ni food heaven. Hahaha yeke. To be frank banyak tempat makan yang famous yang kiterang belum pernah pergi lagi tau huhuhu. Sebab nya suami I suka duduk di rumah time weekend. Rehat-rehat.
Tapi ada lah juga beberapa tempat makan best di Penang yang Jiha boleh rekomen kat korang ye.
gambar ihsan Google |
1) HammerBay
Mencari Seafood yang sedap dan affordable, sila lah ke HammerBay. Tapi ada banyak pilihan kedai. Kedai yang Jiha maksudkan ni adalah, bila korang masuk je ke kawasan tu, kedai dia belah kanan dan paling hujung (kedai no 2), paling hampir dengan pantai.
Sedap dan murah. My favourite dah tentulah Sotong Goreng Tepung.
Berdekatan dengan Queensbay Mall.
2) Pen Mutiara
Kalau mencari Kari Kepala Ikan, sini lah tempatnya. Ada seafood juga. Tapi a bit pricey lah. Restoran nya cantik dan selesa, Ada surau yang selesa juga.
Sotong goreng tepung pun best.
Location adalah di Batu Maung.
3) Restoran Minah
Ini di Gelugor. Nasi campur. Ada juga kari kepala ikan yang sedap. Tapi specialty dia ialah ayam goreng madu dia. Sedap oh... Asek nak meratah-ratah aje hahahaha.
Price tak berapa nak mahal tak berapa nak murah. Tapi alahai susahnya nak dapat parking. Terpaksa parking tepi jalan.
Hahaha ni je kalau di Pulau yang Jiha leh suggest kat korang. Tempat lain tu ada lah juga pergi tapi tak melepasi piawaian tekak ku so takmau la rekomen hahahaha.
Ada lagi few places, kalau Nak makan Nasi KETAM, klik entry lama Jiha ni, ada GPS Coordinate sekali.
So kalau korang nak datang ke Penang, boleh la cari kedai-kedai makan ini ya. Hah lepas tu jangan lupa telan Lecithin hahahahaha
C.na almost 8 years kat Penang dulu. Memang makanan kat penang sgt best!!
ReplyDeletecuba cna rekomen sikit mana yang best lagi
Deleteakak p la try char kuey tiaw kt tepi traffic lite bayan baru dkt flat tu...sedappp...
ReplyDeletetapi lani xtau la kan
dulu pernah makan situ gak...tp lama dah 2008....hehehe nanti boleh try la
DeleteSalam.. dah ada kat Penang, cuba try Rojak Sotong kat Padang Brown.. meleleh air liur.. memang mantop. Thank for sharing Najihah :)
ReplyDelete