Assalammualaikum,
Ok untuk Cabaran 30 hari blogging day 7 ni tajuk nya ialah 'Apa yang saya baca'
Sekarang ni orang kata zaman Google kan, semua info katanya ada di internet ni hah. Jiha pun memang most of the time refer internet. Tapi walaupun begitu, buku still menjadi pilihan hati untuk dibaca juga. Sebab lebih feeling dan melekat di hati. (Especially buku yang memang menarik minat Jiha la)
Tapi bukan lah banyak sangat collection buku Jiha. Setakat yang basic-basic aje hehehe. (Kene pupuk lagi minat membaca ni)
Novel Cinta??
Hehehe suka juga tapi kurang lah tekun. Selalunya memang akan ku skip-skip aje ahahaha. Tak pernah ada walau sebuah novel cinta. Baca pun sebab masa zaman diploma dulu, roomate ni banyak gila novel cinta. So pinjam lah sikit dia punya untuk baca-baca.
Novel English??
Dari sekolah rendah memang dah start baca. Antara Novel yang Jiha suka ialah collection Fear Street by R.L. Stine, Sweet Valley, Shopaholic and few others. Sebenarnya membaca novel English dari kecil ni yang buat Jiha pandai sikit la bahasa Inggeris. Sikit je hehehehe.
Nota di dinding???
Hahaha apa ni??? Bermula zaman Universiti, apa yang Jiha buat ialah, kalau nak exam, buat nota cantik2 dan besar2 warna-warni dan tampal di dinding sebelah katil. So sebelum nak tidur dan bangun tidur mesti nampak nota cantik tu dan memang akan lebih mudah ingat dan mudahlah nak menjawab Exam.
Hmmm sama kan konsepnya buat bisnes ni, mentor akan suruh kita tulis besar2 Impian kita, target kita , tampal dan lihat selalu. Tu boleh jadi PUSH FACTOR kita untuk terus berusaha dapatkan apa yang kita tulis tu.
All about Nutrition..
Ni antara buku yang Jiha suka, lebih-lebih lagi selepas join Shaklee. Sebarang rujukan tentang pemakanan tambahan, bahan-bahannya, bagaimana ia membantu meningkatkan tahap kesihatan. Semua Jiha suka.
MasyaAllah memang hebat Allah telah ciptakan khasiat yang terdapat dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ni. Kita tinggal nak manfaatkan aje. Suka baca ni sebab boleh tambah ilmu dan memudahkan Jiha untuk consult customer. Bantu mereka selesaikan masalah kesihatan mereka. InsyaAllah.
Pemenangnya ialah...
Ini..ini pemenangnya. Baca ini hati lebih tenang. Berusaha untuk lebih istiqomah dan memahami isinya. Semoga keluarga kita adalah keluarga yang cintakan Al-Quran.
tandakan juz' by juz' untuk tahu dah hampir capai target habiskan juz' atau belum |
Thanks jiha...bestπππ
ReplyDeletethanks Nurul
Delete