Skip to main content

SAKIT MATA DAN STRESS DENGAN KAIN BAJU?

Hahahahaha tajuk tak ingat kan?

Tapi itu lah yang Jiha lalui sebelum ini tau, sakit mata dan stress la sikit tengok kain baju yang disumbat-sumbat dalam almari.

Since masih duduk di rumah sewa, so hasrat nak beli almari baru kena hold dulu. Sebab dah serik nak pindah randah angkat barang banyak-banyak ni. Takut rosak and lagi satu takut tak kena dengan layout rumah baru nanti.

So terpaksa la menahan mata tau huhuhuhu

Until one day, girlfriend intro satu group kat FB ni : Kami Suka Susun Atur (KSSA)

MasyaAllah, kemas dah sangat teratur betul rumah mereka ni tau, banyak sangat beri inspirasi nak kasi organize rumah. 

Aim utama Jiha memang la almari ni hah, so menuju la ke tempat yang dicadangkan oleh member KSSA tu. Hehehe tapi bukan untuk almari je, ku dah terbeli la untuk organize dapur pulak...Alhamdulillah sekarang ni senang la sikit nak capai-capai barang hehehe.

Nah nak share gambar selepas baju anak-anak sudah di'organize' lah sikit hehehe, gambar before tak amek, kalau amek sekalipun, takkan share to public sebab kalah tongkang pecah rupanya hahahaha.

Ni akhirnya jumpa di Jusco, best sebab boleh stack, tinggal nak label kan je basket ni so senang nak cari kan. Satu RM6.90 je
Sebenarnya nak beli lebih, tapi warna putih tinggal 4 buah je. Warna hitam banyak lah. Tapi ku nak putih hehehe. Ada design lain sikit, agak lebar and tak berapa tinggi sangat macam ni. Tapi mahal sikit RM13.90.

Untuk almari ni, memang sesuai sangat la basket yang ini. Next time nak ke Jusco lagi kalau-kalau mereka dah restock. Hehehe


Tempat shopping best untuk Organize your Home;
Daiso
Mr DIY
Long Wan (ni kat Penang je, tapi dah lama tak pergi sana, tapi barangnya memang murah la)


psst: Rumah Jiha ni sangat simple je, maybe sebab rumah sewa kan, takde semangat nak deco. Tapi Alhamdulillah sekarang ni lebih organized. Kalau ada deco pun simple aje. Hehehe


Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20