Skip to main content

SIAPAKAH NAJIHAH RAZALI?????

Assalammualaikum, 
Entry kali ini nak ceritakan pasal Najihah Razali in details. Wahhhh bajet artis gitu hehehehe. Nak bagi pembaca lebih dekat dengan Jiha gitu.

Ok here goes..

Biodata Najihah Razali

  1. Nama penuh Siti Najihah Binti Mohamad Razali. 
  2. Anak ketiga dari lima orang adik beradik. Anak perempuan bongsu hehehe. 
  3. Berumur 31 tahun pada tahun 2014 ni.
  4. Dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur
  5. Abah saya Jawa. Mama saya Melayu. So saya mix ok hahaha. JAYU??
  6. Isteri kepada Mohd Hairus Izman yang hensem (hehehehe)
  7. Ibu kepada dua orang anak syurga iaitu Aqeef Danial (4y) dan Auni Nadra (1y6m)
  8. Kini menetap di Penang. Mai cheq mai hahahaha.
  9. Seorang Ibu yang bekerja dari rumah @ Work at Home Mom (Wahm)
  10. Suka memasak hehehehe, passion yang tinggi dalam perihal breastfeeding, suka shopping ahakssss.
pengedar shaklee penang
keluarga kecil saya

Personaliti Najihah Razali

  1. Orang selalu tertipu dengan muka Najihah Razali, orang ingat saya lembut tapi hakikatnya saya adalah kasar dan garang. Walaubagaimanapun, sedang memperbaiki diri untuk ke arah yang lebih baik.
  2. Kalau orang tak berapa kenal, ada juga yang katakan Najihah Razali ni sombong, tapi hakikatnya saya ni pemalu aje lebih. Sangat susah nak memulakan perbualan kalau orang lain tak start dulu tau. Ini pun perlu dibaiki lagi.
  3. Agak degil lebih-lebih lagi kalau mahukan sesuatu. Degil untuk benda yang positif aje lah ye hehehe.

Sekolah-sekolah Najihah Razali

Hah ini mana lah tahu terjumpa dengan rakan-rakan sekolah lama ke. Kalau korang pun satu sekolah dengan Jiha, gitau lah ye.
  1. 1989 - Tadika Kemas dekat dengan Mindef, Padang Tembak. Anak askar katanya. Tapi 6 bulan pertama aje. Lepas tu pindah ke Melaka. Tak sambung tadika pun. Duduk rumah sampai tahun hadapan masuk darjah 1.
  2. 1990-1991 - Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka. Masa ni abah dah relocate di Kem Terendak, Melaka. So sekolah di sini lah saya. Tapi yang sedihnya kan, seorang kawan pun takda contact. Huhuhu
  3. 1992-1995 - Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Hah masa ni dah duduk dengan atuk nenek dah. Kenangan indah bersama arwah atuk dan nenek.
  4. 1996-1998 - Sekolah Tinggi Port Dickson. Masa ni abah relocate ke Port Dickson pulak. So jadi orang PD lah kami hehuhehu.
  5. 1999- 2000 - Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Hehehe budak Teknik. Masa ni la first time duduk di hostel. Tapi masa hujung form 5 dulu, selamba aja request kat parents nak duduk rumah sewa. (Masa ni abah dah relocate balik ke KL). So lepas scene tangisan air mata, parents pun benarkan duduk rumah sewa bersama beberapa rakan lain. Hahaha budak sekolah lagi dah pandai duk rumah sewa.
  6. 2001 - Politeknik Port Dickson. 1 sem sahaja. Sebab dapat offer UKM untuk Computer Science tapi tak MINAT!!!... so ke Poli untuk amek course Engine la.
  7. 2001 - 2007 - Universiti Teknologi Mara. Diploma dan Degree di sini. Banyak kenangan manis pahit di sini. Alhamdulillah zaman Universiti zaman agak gemilang juga. Sebab masa sekolah bukan top scorer pun. Masuk U, tune dia berubah sikit agaknye hehehe.

Kerjaya Najihah Razali

  1. Material Engineer at Agilent Technologies. Multinational Company (MNC). Best sangat lepas grad dah dapat kerja. Syukur. Banyak deal dengan supplier dan production. Kena pastikan components yang digunakan berkualiti dan cost friendly. Kalau ada component fail, tarik rambut hahahaha.
  2. Metrologist at National Metrology Laboratory, Sirim Berhad. Bukan pakar kaji cuaca ya. Tapi ini berkaitan dengan calibration. Attached di lab Time & Frequency. Kalau nak tahu, Malaysia Standard Time ni maintain by this lab la. Jaga masa kau hahahaha.
  3. Metrology Engineer at Kobe Precision Technology. Best la jugak tapi takde work life balance. Oppss hahahaha. Kesian anak-anak ku.
  4. Yang terkini dan selamanya InshaAllah ialah Senior Coordinator soon to be Master Coordinator Shaklee. AMIN AMIN AMIN.

Hah amek...dah macam resume pun ye ni hehehhee. Saje je la kan, mana tau leh terjumpa long lost friend ke...leh sambung Ukhwah kan. 

Ok lah...nak masakkkkkkk hehehehee

Salam...

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20