Skip to main content

RESIPI OVERNIGHT OATS YANG YUMMY!!

Assalammualaikum,

Jiha nak share resipi Overnight Oat yang sangat yummy itu.
Dan yang penting sangat mudah nak buat. Easy Peasy.

Bahan-Bahan nya dulu ye

1. Rolled Oat (jgn amek yg Instant nanti cepat kembang sangat)
2. Chia Seed (sepatutnya ada, tapi ni Jiha tak letak sebab takde....boleh cari kat bahagian Organic or Cosway pun ada jual)
3. Fresh Milk...pilihan Jiha semestinya Farm Fresh
4. Natural Yogurt pun dari Farm Fresh
5. Raisins
6. Mealshakes, Jiha bancuh dulu. Hasil nya sangat yummy sebab ada rasa Vanilla tu.
7. Buah mangga. (Boleh juga Kiwi, Berries)
8. Jar....Jiha guna mini jar je...cukup kot mini jar ni as breakfast portion. Kenyang dah


Sugar dan Tea tu tak masuk dalam resipi ye heheheh

Cara nya....

Mudah je...layerkan je semua bahan-bahan di atas dalam jar tu....
Since Jiha pakai mini jar ... Jiha pakai 2 sudu kecil untuk setiap bahan, layer dan selagi tak penuh ulang balik....

Lepas tu....tinggalkan semalaman dalam peti ais.
Esok pagi dah boleh makan masa breakfast.

Easy Peasy....

Note : Chia Seed tu ada Omega 3 tau. So menu ni sangat sesuai untuk orang yang nak diet. Kasi bakar itu lemak. Hehehehe

Dah siap mix...Jiha tak suka gaul siap-siap. Biar je dia dalam layer-layer dia....terus masuk peti ais
Bangun pagi breakfast is ready. Excited bukak peti ais. Oh untuk anak-anak Jiha buat dalam mini jar tu. Untuk Jiha , buat dalam Shaker tu. Tapi makan separuh sudah kenyang sangat. So mini jar size tu dah elok sangat portion for breakfast.

Comments

  1. Lenyek2 kn semua bahan dulu.. Lepas tu tuang susu ye... Good idea...... Tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekek takde kata lenyek pun...hehehe...masuk je semua benda dalam tu...pastu biar semalaman

      Delete
  2. terasa nak buat lagi lah.. kecur pulak tengok..haisyhhh pantang tengok makanan..hehehe

    ReplyDelete
  3. nak try laa nanti.. so sedap ni ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20