Skip to main content

LEADER YANG CEMERLANG MELAHIRKAN LEADER YANG CEMERLANG

Amin.....
Assalammualaikum semua...


Alhamdulillah Ahad yang lepas, IRON Leaders telah anjurkan satu kelas yang bertajuk 'Tips Skor 1500uv di minggu pertama'

Kelas ini adalah inisiatif dari Jiha bagi menggalakkan dan mengasah IRON Leaders untuk conduct kelas. Untuk bercakap di depan anak cucu mereka. Kebiasaannya Coaching hanya secara online je kan. Sekali sekala kena buat kelas offline. Tapi bukan sahaja kelas, boleh adakan aktiviti lain macam piknik ke, makan-makan ke. Untuk rapatkan lagi hubungan antara family Shaklee ni.

Alhamdulillah, boleh tahan juga Lin dan Farhanah bercakap di depan, banyak tips yang mereka beri. 
Jiha pun ada bercakap juga tapi more on motivasi. Sebab kalau betul-betul nak berjaya dalam Shaklee ni, banyak yang perlu diubah. Dah tak boleh 'Go with the Flow aje', tak boleh nak 'kalau ada, ada lah'. Tu mindset orang yang nak gagal. KENA UBAH!!

Ok lah layan lah beberapa keping gambar dari kelas tu ye.


Kelas di MIRC, luas so anak-anak boleh main.

Gigih ke kelas, ambil nota pun dukung anak

Tips yang menarik dari Lin

Yang baju oren tu mak kepada Iron Leader farhanah...boleh, nak datang kelas bawak mak ayah anak-anak pun boleh.

Farhanah beraksi...banyak tips menarik juga

Kecil-kecil cili api...Iron Leader Lin

Ehem Ehem ni mak apak IRON MILLIONAIRES

Dari Penang ke KL kemudian ke Segamat??


Planning asalnya mahu bertolak Jumaat malam, tapi sebab malam tu ialah malam closing, so nak fokuskan pada closing dulu. Lagipun siang Sabtu punya aktiviti dan push ke malam. Jadi hari Sabtu pagi baru kami sekeluarga bergerak ke KL. Sampai KL pukul 330pm, sempat singgah di Restoran Jejantas Sg Buloh untuk makan Satay Hj Samuri. Sedap Alhamdulillah.

Malam tu ada program Gelimat. Nanti Jiha buat entry pasal Gelimat ni ok. Balik dari Gelimat, dah pukul 1am.

Esok pagi pukul 8am dah bergerak ke Bangi untuk kelas IRON Leaders. Pum pam pum pam sampai pukul 1 lebih jugak. Kelas pun selesai. Kami sempat lunch kat kedai bawah, Choleq nama dia, sedap sungguh Nasi Berlauk dia. Nasi panas, ayam goreng rangup, sambal dan kuah gulai dia pun fuhhh terangkat.

Selesai je makan, kami bergerak pula ke Segamat. Atuk nenek berhajat nak Aqeef tinggal dengan dierang. Lagipun tahun depan nak masuk sekolah dah. Dah tak boleh tinggal-tinggal dah. Hajat hati nak pulang ke Penang malam tu jugak. Tapi memang sangat penat. So pagi Isnin tu lah kami pulang ke Penang.

Penat? Penat tapi we love our job. So rasa puas walaupun penat. 

Doakan kami ye

Dear pembaca blog ku yang manis, mohon doakan kejayaan group IRON Millionaires ye. Semoga kami capai target kami. Amin.

Thank You...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20