Skip to main content

RESIPI NASI LEMAK 'CAN NOT RESIST'

Assalammualaikum,

Heheheh nama resipi tak tahan kan. Tapi tu suami Jiha, Yus yang bagi nama hehehe. Sebenarnya sangat simple je resipi ni. Tapi mungkin sebab 'cook with love' agaknya hehhehehe.

Sedap ye makan Nasi Lemak, tapi tak boleh la buat selalu. Nanti cik abang makan bertambah-tambah. Dia siap pesan 

'Sayang masak nasi lemak 3 bulan sekali je tau' 

Hehehe

Ok ini lah dia resipi Nasi Lemak yang simple dari Jiha.

resipi nasi lemak yang mudah
makan Nasi Lemak Homemade lagi best

bekal untuk suamiku hehhe


PENYEDIAAN NASI LEMAK 'CAN NOT RESIST'

1. Untuk Nasi

3 pot beras yang dah dicuci
1 kotak kecil santan Kara
Daun Pandan
Garam secukup rasa
Air agak-agak

Cara masak nasi Lemak

Masuk kan semua bahan dalam rice cooker
Kacau hingga sebati
Tekan butang 'Cook' (Hehehe tunggu je sampai rice cooker siap masak ye)


2. Untuk Sambal

Bahan kisar
3 genggam cili kering, buang biji dan rebus hingga lembut
1 biji bawang besar 
2 biji bawang putih

Bahan Lain
2 biji bawang besar, dihiris membulat
1 Asam keping
Garam
1/2 sudu besar Gula

Cara masak Sambal

Tumiskan bawang besar yang dihiris tadi sehingga layu
Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga garing
Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. 
(Gula untuk hilangkan pedas sambal je, bukan nak bagi manis ye)



3. Untuk Ayam Goreng Rempah

Ayam

Bahan kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar

Bahan kisar kering
Ketumbar
Jintan Manis
Lada hitam

Bahan lain
Garam
Kicap kalau nak
Gula atau madu kalau nak manis sikit

Cara masak ayam Goreng Rempah

Gaulkan semua bahan, perap atleast 30mins sebelum menggoreng.
Dah siap perap, boleh goreng. 


4. Condiments

Kacang Tanah digoreng
Ikan bilis digoreng
Timun 
Telur Goreng
Kangkung lecur (kalau nak)


SIAP....Selamat Mencuba!!!

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20