Skip to main content

SUSU SEGAR UNTUK IBU HAMIL

Assalammualaikum,


Hehehe Jiha tak pregnant ye. Sebenarnya baru lepas minum segelas susu segar kegemaran Jiha. 
Nyum nyum.

Susu segar kegemaran Jiha ialah 'Farm Fresh'. Hari tu kat Giant takde stok, tukar la susu lain, adoi memang takleh minum sangat la.

susu Farm Fresh yang paling sedap

Susu Segar vs Susu Tepung

Kalau Jiha memang lebih suka susu segar la. Susu tepung lebih murah kan tapi memang lebih suka yang segar. Teringat masa mengandung Aqeef dulu, bila tahu je positif mengandung, semangat lah pergi shopping makanan berkhasiat, susu untuk ibu hamil. 

Tapi tekak memang tak boleh terima susu tepung masa mengandung. Jadi susu segar untuk ibu hamil yang ini aje lah.

Tapi nak pastikan susu segar sentiasa ada dalam peti ais pun payah juga kan. Jenuh jugak kalau kejap-kejap nak pergi kedai beli.

Masa mengandung Aqeef dulu memang selalu la kena simpul biawak ataupun kejang pada betis tu. Seksa betul, dah la suami takda masa tu.

Masa mengandung Auni, pun sama, masih tak boleh terima susu tepung untuk ibu hamil. Banyak brand cuba. Tetap tak boleh telan. So susu segar juga la. Sehingga lah masa 14minggu hamil tu kena chicken pox, kelam kabut beli Set Mengandung Shaklee. Ada Ostematrix sekali dalam set tu sebagai sumber calcium.

Tak risau susu segar habis

Tak perlu risau lah tak cukup calcium kalau takda susu segar dalam peti ais. Sebab sekarang ni memang makan Ostematrix.

Oh ya, sumber calcium bukan nya dari susu sahaja tau. Banyak lagi sumber macam Brokoli pun ada calcium. Tapi agak susah nak tahu berapa banyak calcium yang kita dapat dari sumber makanan kan. 

So Jiha makan 4 biji Ostematrix sehari untuk dapatkan 1000mg calcium. Penting sebab dah la orang perempuan kan, menyusu badan pula tu. Tulang perempuan lebih cepat rapuh dari orang lelaki. Lebih-lebih lagi la kalau tak cukup calcium kan.


Pastikan Calcium harian korang cukup ya..

Yang nak dapatkan Ostematrix macam Jiha makan ni boleh contact Jiha ye

Najihah Razali
0123807024
sitinajihah83@gmail.com







Comments

  1. Sis nk tnye ni susu ni memang rasa masam ke ye?sy beli dia rasa masam la

    ReplyDelete
  2. Sis nk tnye ni susu ni memang masam ke sbb sy beli masam la

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20