Skip to main content

TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL KETIKA BERSALIN

Assalammualaikum semua...


Rasa nak buat entry ni sebab kebanyakkan kawan Jiha sekarang sedang mengandung dan ada yang sedang menunggu hari. Jadi, hari ni Jiha nak kongsi tentang Teknik Pernafasan yang betul ketika bersalin. 

Teknik Pernafasan yang salah?

Alhamdulillah baru dua kali ada pengalaman bersalin. Masa anak pertama kurang ilmu sikit. Dan mungkin dengan keadaan kami suami isteri yang menjalani hubungan jarak jauh kan. So rasa sedih masa sakit contraction mula tu suami takda. Tapi nasib baik lah sempat juga masa saat-saat nak bersalin tu.

Pastikan tidak terpengaruh dengan apa yang kita nampak dalam drama ye. Nafas laju-laju 'huuh huuh heeh, huuh huuuh heee' tu ye. Sebenarnya teknik ni salah. 


Masa anak pertama Jiha buat teknik yang salah ni. Nurse pun tak assist macam mana nak buat. Nurse yang ramai tu tak membantu pun. Kebetulan Jiha sakit contraction more than 12hours, so masa nak bersalin tu tak ada tenaga sangat. Sukar juga lah pengalaman melahirkan anak pertama ni. Tapi ini lah yang dinamakan bukan rezeki kita agaknya.

Bagaimana pula teknik pernafasan yang betul?

Masa mengandungkan anak kedua, Jiha sudah menetap di Penang. Dan kali ini akan bersalin di swasta pula. Pearl Maternity Hospital menjadi pilihan sebab dekat sangat dengan rumah. Dan kebetulan masa tu, ada colleague yang baru bersalin, dia cerita lah teknik pernafasan yang di ajar di Pearl macam mana. Memang mudah nak bersalin.

Jiha pun google la. Dan memang ya betul ada teknik begitu dan lebih mudah. Tak la cepat penat nafas laju-laju macam nak putus nafas tu je kan. 

Kali kedua ni Jiha banyak tambah ilmu, fobia kalau pisang berbuah dua kali. Rasa gagal sebagai ibu masa anak pertama sebab tak berjaya melahirkan dengan betul sampaikan Aqeef Danial tersekat di bawah dan ada masalah pernafasan. Bila keluar tak nanges dan dah biru, Bergegas ke NICU. Saat-saat di NICU memang tak boleh dilupakan. 

Tips pernafasan yang betul

Alhamdulillah rezeki bersalin kali kedua. Ada seorang nurse sahaja yang bantu. Tapi memang sangat membantu. Bila rasa contraction tu datang, terlupa juga nak bernafas dengan tenang. Terus buat muka panik kat nurse, lepas tu nurse tunjukkan cara pernafasan. Tak perlu bagitahu pun. Heheheh dah memang kerja dia kan, dah tau dah ragam-ragam ibu nak bersalin ni. Alhamdulillah memang mudah melahirkan Auni Nadra.

Ok tips nya mudah sahaja.
Ibu kena monitor contraction, bukan tunggu arahan doktor atau nurse suruh Push. Push bila betul-betul ada rasa gesa untuk Push.

Semasa contraction, teknik pernafasan nya

1. Tarik nafas yang dalam perlahan je melalui hidung di awal contraction,
2. Semasa contraction bernafas macam biasa, tarik nafas melalui hidung, lepas perlahan-lahan melalui mulut. 
3. Tarik nafas yang dalam sekali lagi dan lepas melalui mulut secara perlahan-lahan di hujung contraction

Boleh tengok cara bernafas dengan betul.

Kalau pandai gunakan teknik pernafasan ini, tak perlu PUSH kuat-kuat pun. Cuma pastikan masa Push tu tahan nafas (tapi mengikut rentak pernafasan korang, jangan paksa tahan lama-lama, sebab kita nak badan relax)

Teknik pernafasan ni membantu badan relax dan beri oksigen pada baby dan memudahkan proses kelahiran. 



Good Luck Mommies...Semoga dipermudahkan proses kelahiran dan penyusuan ye.

Amalkan membaca

Rabbi Yassir Wa la tu'assir, Rabbi tham mim bil khair

dan

La ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minaz-zhalimin

Comments

  1. Tq jiha...sgt membantu dikala tgh neves nak bersalin ni... dua2 masa bersalin nurse ajar, masa push tu, tahan nafas dlm kiraan 10 pastu lepaskan ikut mulut... pastu teran lagi tahan nafas kiraan 10.. pastu keluarla baby...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20