Skip to main content

SAMBUT BIRTHDAY INCIK SUAMI DI FISHERMAN'S GRILL, PENANG


Alhamdulillah semalam genap lah umur 31 tahun incik suami saya hehehe. December baby.

Ha nak tau tak? Kali ni paling teruk planning Jiha untuk birthday suami (ampun). Busy sangat sampai terlupa nak prepare yang special untuk dia. Hadiah lupa......... Agagagaga

Lunch treat semalam pun, pagi nya baru survey-survey tempat makan untuk sambut birthday dia. Pukul 1030am whatsapp dia suruh dia balik lunch tau. Hehehe biasanya memang dia balik makan di rumah, tapi bila ada meeting or busy ke, dia tak balik lunch, lunch di opis saje.

Nak masak kononya tapi dalam peti ada ikan kembung aje. So plan ke Fisherman's Grill aje la. Lagipun tak pernah makan kat situ lagi. Dekat je dengan rumah dalam 5 minit saja dari rumah. So ok la kan, lagipun time lunch break suami je...so kena pergi yang dekat2 saje. Dia sampai je rumah, kami anak beranak dah tunggu dia kat bawah dalam kereta hehehe. Suprise la kononnya. 

Nice place juga Fisherman's Grill ni....owner nya Melayu

wewittt

untuk birthday boy hehehe.... New Zealand Lamb

Potato Basket Auni punya

Jiha pula ambil Set Lunch. Ok sangat price dia dalam RM17++. Dapat Fizzy Juice, Soup and Garlic Bread, Main Course dia boleh choose either Chicken Grill or Fish Grill, dessert. Murah kan..



Air Jiha belah kanan....air husband tu Sunshine Mocktail ape ke nama dia hehehe

I love this.....sangat sedap soup dia, so creamy

Nampak pail kan....tapi oh mai...sos dia tu sangat sedap...Jiha amek Fish Grill ni...rasanya sos dia tu macam Honey Mustard....tapi sedap lah

sedap sungguh tak perasan org amek gambar hehehe

custard...sedap juga

Seafood aglio olio Aqeef punya...pedas sikit and tawar sikit...tapi dia ada sediakan salt and pepper, so ok la

ape aje posing birthday boy ni

princess :")

Ok sangat la rasanya price dia...below rm100. And since guna CityBank , dapat 10% discount, so semalam dalam RM86 sahaja. 

Boleh pergi lagi la....dekat dengan rumah hehehee

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…