Skip to main content

Anak Kuat Mengempeng Sampai Ibu Sakit Tulang Belikat

Assalammualaikum,

Auni Nadra adalah anak kuat mengempeng sampai ibu sakit tulang belikat. Ouchhh. Anak ibu-ibu ada macam ni tak ye? Fuh dia punya mengempeng tu boleh melarat sampai sepanjang malam tau.

Macam-macam ragam anak yang menyusu badan ni kan. Masa Aqeef Danial dulu lain ragamnya. Masa Auni Nadra ni memang sangat lain lah. 

Kalau Aqeef perut kenyang je tidur terus, merengek sikit masa terjaga nak susu je. Masa Aqeef dulu geli hati sangat, bila menyusu malam, time menyusu tu sah sah la akan menghadap ibu kan. Siap je menyusu, dia akan pusing badan dan menghadap ayah pula. Setiap kali tau macam tu. Hehehe bertuah betul, time lapar cari ibu ye, dah kenyang, tidur leset kat ayah. Jeles, tapi rasa best jugak sebab ada 'me time' a.k.a 'beauty sleep' untuk ibu.
bayi kuat mengempeng
Saya masih minum susu ibu saya.

Lain pula dengan Auni Nadra, puteri ngempeng betul tau. Dah la dengan style dia minum rotate kejap-kejap kiri kanan. Memang lenguh la ibu hehehe. Dan ada hari-hari yang dia akan mengempeng sepanjang malam. Kadang tu kita tak plan nak tidur, tapi layankan ngempeng dia, sampai terlelap juga. Kadang-kadang tu dengan contact lense belum bukak nya, dengan belum makan vitamin sebelum tidur nya. Kalau ayahnye tak tidur lagi, dia lah yang akan ambilkan vitamin dan air untuk ibu. Makanlah sambil ngempengkan Auni Nadra.

Bila skip makan Ostematrix terutamanya, mula lah bangun tidur dalam keadaan tak selesa. Sakit badan dan paling tak selesa kat area tulang belikat. Terlalu lama dingempengkan kot kan. Sekarang ni sehabis baik cuba untuk telan Ostematrix sebelum Auni Nadra mintak susu. Baru lah selesa sikit tidur.

Macam mana nak atasi masalah ngempeng terlalu lama ni?

Sejujurnya memang tak jumpa penyelesaian. Dah cuba beli pacifier, di kala die dah mamai tu, nak tukar kepada pacifier lah kononnya, dia boleh bezakan ye dan dia punya menangis mengamuk macam gaya kena dera aje rupanya hehehe. 

Jadi ibu je lah yang kena jaga kesihatan tulang ni hah. Bersabar sikit sahaja lagi. Sekarang Auni Nadra dah 22 bulan. Genap 2 tahun nanti, maka genaplah penyusuan sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah. Tak tahu lah macam mana nak wean off nanti sebab dia memang reject segala botol susu atau pun susu dalam cawan ke.

Ya Allah, permudahkan lah

Ok nak telan 4 biji Ostematrix siap-siap. Ibu-ibu ada masalah yang sama macam saya ni, mesti nak cuba dapatkan tidur yang lebih selesa, kena juga telan Ostematrix ni ye, oh ya bangun pagi pun akan lancar je membuang hehehe. Kalau nak, hubungi saya di 012-3807024. Kalau whatsapp lagi cepat saya respond, InsyaAllah.

Comments

  1. Anak bujang saya no 3 dah 2 tahun 4 bulan. Masih ngempeng....Posisi oksah kata lah....Dah sapu asam jawa, air peria, semua tak jalan. Ni ingat nak letak jadam bagi pahit betul. hehehehe....

    Oste mmg perkara takleh missed sblm tdo. Barulah bangun pagi boleh senyum dan aktif!

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20