Skip to main content

Baju Raya 2015 yang paling sempoi dan budget rendah.

Assalammualaikum,

Macammana persiapan raya semua? Jiha rasa baju raya 2015 ni lah yang paling sempoi dan paling rendah budget hahahaha. Bagus la kan dapat kurangkan perbelanjaan di saat GST GST ni kan hehehe.

Alkisah begini, awal bulan May hari tu, balik Segamat nak celebrate birthday mama. Dah alang-alang balik tu, niat nak Jakel lah cari kain untuk ditempah nanti. So pagi Sabtu tu pergi lah ke Jakel. Macam biasa ramai la salesgirl Jakel yang approach kan. Jakel ada pasang khemah kat luar kedai tu, kat luar tu macam Clearance Sales lah.

Sekali tu terbuntang mata ku tengok harga murah sangat. Kain nya ok sangat. Ini stok raya tahun lepas je ni. Baju melayu Aaron Aziz la, Zizan Razak la. Baju dewasa hanya RM50 sahaja!!!!. Serius murah weh... kalau beli kain je pun dah nak gitu harganya kan. Kalau beli sepasang dengan kain sampin RM80. Oh baju tu dah siap butang baju Melayu ye hehehe. Murah sangat la kan. So grab la sepasang untuk Yus, baju Melayu warna champagne dan samping biru...awwww.
2 pasang untuk Aqeef, kain dia ok sangat

3 pasang untuk Auni, baju kurung kain cotton. 

Baju untuk anak-anak lagi la murahnya!!!!! Size Aqeef (5 tahun)  dan Auni (2 tahun) dapat murah lagi, sepasang hanya RM10. Apa Seploh Hengget?????? Iye...murahkan. Lagi sekali, beli kain pun lebih rm10, belum upahnya lagi kan. Jadi 2 pasang baju melayu untuk Aqeef dan 3 pasang baju kurung untuk Auni. Oh tapi baju kurung budak perempuan kena korek-korek sikit la nak cari yang cantik. Baju Melayu budak senang nak cari sebab ikut warna je.

Oh tapi kalau jenis anak ramai, nak cari pelbagai size dan sama warna baju Melayu agak susah la, kena korek-korek la kalau ada pun. Silakan korek sendiri baru puas hati. Kalau salesgirl tu korek sekejap je dah kata 'takde lah kak'

So baju raya anak dan suami dah setel.

Baju kurung/jubah untuk ibu takde yang berkenan pulak dan harganya pun tak murah mana. So better beli yang betul-betul berkenan kan. Ibunya cerewet sikit. Tahun ni memang beli ready made je. Takut perut dah show masa raya nanti kan. Takpe, baju ibu nanti hujung-hujung kita cari ye hehehe.

Ni tak sure lah ada lagi tak stok clearance kat Jakel tu. Tapi pergi je lah ye, mana tau ada lagi kan. Tak ke JIMAT??

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20