Skip to main content

National Conference Kali ini Pasti Lebih Bermakna

Assalammualaikum,

Lagi lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk event of the year iaitu National Conference (NC). Tahun ni tahun ketiga Jiha ke NC. Tahun pertama pergi sebagai penonton sahaja, bersemangat sangat tengok ramai ibu-ibu muda terutamanya berjaya dengan cemerlang sekali. Sebak rasa dada. Nak jugak.

Alhamdulillah tahun kedua pergi sebagai penerima anugerah. Dan tahun ini pula anugerah bertambah dari tahun sebelumnya.

Pengalaman manis tahun lepas, best Shaklee ni sebab amek award boleh angkut sekali anak-anak hehehe, Aqeef sangat excited masa ni tau.

Tapi yang paling bermakna sekali, bila both my parents kata nak datang ke NC nak tengok anak mereka ni naik pentas ambil 'award'. Speechless sangat rasanya. Nasib baik tiket NC masih available lagi untuk my parents. 

Selain dari ambil award ni, Shaklee akan raikan kami juga di 'Star Achiever Award Dinner' dan tahun ni temanya 'Majestic Dinner'. Ahahahahaha sungguh tak tahu nak pakai baju apa lah. Sebenarnya nak suruh my parents yang pergi dinner tu gantikan kami, tapi taknak pula dierang hehehe. Kalau dierang nak, mesti lagi best rasa, sebab dierang nak datang NC pun dah rasa best sangat, kalau dapat belanja mereka pergi dinner exclusive ni mesti anak ini lebih gembira hehehe.

Tahun ni dapat duduk 3 hari 2 malam di Palace of Golden Horses secara percuma. Semuanya ditanggung Shaklee. Best kan. Alhamdulillah ni salah satu sebab Jiha suka bisnes Shaklee ni. Kalau kita usaha betul-betul, layanan yang Shaklee beri pun betul-betul best.

Tak sabarnya nak tunggu event of the year ni. Opps tapi kan, baju cantik belum ada lagi. Ada sepasang je dari Mumsluv. 

Sebenarnya preggy kali ini, rasa tak suka nya nak melaram ke, nak beli baju baru ke apa, bayangkan eh, baju raya pun takde lagi hahahaha. Baju anak-anak dan suami settle dah. Baju sendiri je yang takde lagi ni. Masa NC nanti ada banyak event lak tu, amek award dua hari berturut, dinner pun ada 2. Kena korek-korek almari la cari-cari baju cantik hehehe. Tapi muat kah ni hahaha, perut makyung kali ni bloated ya amat. Baru 7weeks tapi macam 4-5months je rasanye ni hehehehe.

Anyway, mommies ada link or tau kedai kat area Penang yang best. Jubah pun ok, selesa sikit perut ku ni hehehe?

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20