Skip to main content

Percutian 2 Hari 1 Malam di Cameron Highland : Sambungan...

Assalammualaikum,

Percutian yang pendek je . 2 hari 1 malam di Cameron Highland tapi sangat seronok. Semalam dah share pasal Day 1 kan, ok mari kita sambung untuk Day 2 pula ye.

Day 2 di Cameron Highland

Pasar Pagi Kea Farm

Sarapan di hotel. Kami duduk di Hotel Copthorne, breakfast buffet dia menarik juga. Banyak variety. Antara hotel yang bagus sebab dia sangat dekat dengan Kea Farm. So senang nak plan iterinary. Selepas sarapan, kami terus pergi ke Pasar Pagi Kea Farm.

Jalan kaki pun boleh sebenarnya tapi sebab dengan anak berdua ni kan, dan kami plan lepas ni nak terus ke Cactus Point dan S'Corner. Tak jauh juga dari Kea Farm tapi memang kena naik kereta la hehehe.

Sampai di Pasar Pagi Kea Farm ni around 9, masih belum sesak sangat la, dah ramai tapi tak sesak. Kereta pun belum banyak lagi. Kalau nak beli souvenirs sila beli di sini sebab lebih murah ye. Sayur pun murah-murah. Ada yang jual 4 bungkus sayur Rm10, ada yang 8 bungkus RM10, ikut pada kesegaran sayur rasanya. Jagung pun tengok orang borong bukan main. Kami je tak beli sebab takut tak termakan je jagung tu kan. So Yus beli rebus kat situ je tapi mak aiii mahal lah pulak. Seketol rm4 hehehe (baik beli mentah je, tapi tu la banyak sangat)

Ada juga jual strawberry kat sini. Sini lebih murah la berbanding kalau kita Self Picking kat park.

Tengok orang depan tu beli jagung hehehehe

Cactus Point

Tak jauh dari Kea Farm. Kat sini macam-macam jenis cactus ada. Tapi Jiha bukan lah minat cactus sangat hehhehe, jadi tengok-tengok gitu aje lah. Tapi selain cactus, ada juga dijual pokok-pokok bunga. MasyaAllah cantik-cantik tau. Geram je. Sebab kan baru Beginner dan nak cuba-cuba ada pokok bunga, Jiha beli lah 2 pasu kat sini. Nanti bila dah pandai jaga, nak beli benih la pulak, tanam sendiri, mesti lagi excited tengok dia tumbuh kan hehehe.

Pintu masuk nya

Nasib baik budak dua orang ni tak sibuk nak pegang cactus

pelbagai jenis cactus dan pokok bunga

S'Corner Market

Tak jauh dari Cactus Point, kami terus menuju ke S'Corner. Sini macam more to kedai-kedai la jualan souvenirs juga tapi mahal sikit berbanding Pasar Pagi Kea Farm tu. Ada juga jual strawberry, harganya ok la. Besar pulak tu. Best best. Kat sini ada juga Strawberry Park tapi masa kami sampai tu, park masih tutup lagi.

Settle di sini, kami terus balik ke hotel, berehat 1 jam sebelum check out.

Pintu masuk dia...terletak di selekoh , depan sikit je dari Cactus Point

Besar dan manis

Rose Center, Kea Farm

Yang ni unplanned. Masa jalan-jalan di Pasar Pagi Kea Farm tu, ternampak signboard ke Rose Center ni. Jadi selepas check out, kami terus ke sini.

Yang ini ada bayaran, dewasa RM5, kanak-kanak 5y ke atas RM3. Tak ramai orang, dan bahagian masuk dia macam tak kemas, macam takde benda, agak frust memula sebab tak nampak banyak bunga ros pun...tapi jalan je la sebab dah bayar kan. Siap ada orang jenguk-jenguk pastu patah balik masuk kereta. Rupanya, bahagian atas2 banyak lagi. Tempat ni tinggi jadi kalau bawa parents yang dah tua, tak sesuai sangat la sebab nak panjat-panjat tangga. Jiha pun seriau je anak-anak ni. Memang kena pegang tangan je la. 

Terserempak dengan pekerja di situ. dia kata kat atas-atas banyak lagi. Baru la macam wowwwwww...cantiknya, segar sangat rasa tengok bunga banyak. MasyaAllah. 

Tengok la view ni...ni paling tinggi kami pergi...actually ada tinggi lagi tapi dah tak larat dengan dua aak ni hehehe

teruja sangat tengok bunga ros yang banyak kat sini

Payah betul la nak amek gambar ber4 ni hehehehe

Cameron Lavender

Masa datang dari Simpang Pulai, kami nampak Cameron Lavender ni, area Tringkap kalau tak silap. Jadi kami plan Cameron Lavender ni tempat terakhir kami pergi masa on the way nak balik. Masa nak menuju ke Cameron Lavender ni ternampak pulak Rose Valley, tapi tak singgah sebab dah terlajak sikit dan ramai betul orang. kereta parking penuh. So Yus kata next time datang Cameron nak pergi Rose Valley pulak hehehhe (ada orang tu pun seronok sampai sini)

Sampai di Cameron Lavender, masa ni hujan renyai sikit. Oh nak masuk ada bayaran ye, dewasa RM6, kanak-kanak 5y RM3.

Cantik!!!!! MUST GO!!!!
Suka tengok Cameron Lavender ni, kemas sangat dan cantik dan romentik tempatnye hehehhe. Ada bunga lavender tapi yang paling Jiha rasa macam nak jerit ialah petunia. Awww acantiknya.

Kat belah atas nanti ada Cafe. View pun sangat cantik. Ada jual cakes, sandwiches. Kami amek Blueberry Cheese Cake da CHocolate Cake. Tapi Cheese Cake dia tak sesedap di Boh Tea, Sg Palas tu la hhehe. Yus minum Kopi Strawberry, oh sangat sedap ye. 

Kat atas ni, ada Self Pick Flower dan Strawberry. Untuk bunga 6 batang RM10. Untuk strawberry minimum 200gram untuk RM10.

Yang bagus nya lagi, ada surau yang agak selesa juga. Cuma tempat wudhuk nya open jadi tak sesuai la untuk muslimah. Dalam dia Jiha jenguk bersih juga tapi telekung tidak disediakan. Surau dekat je dengan Strawberry park dia.

Masa nak menuju ke Exit, kena lalu souvenirs shops. Kat sini ada toilet dan sangat bersih juga hehehe. Macam-macam juga ada dijual kat sini. Makanan macam nugget etc pun ada so kalau lapar boleh duduk santai di situ.

Oh lagi satu yang Jiha cuba ialah IceCream Lavender. Hahaha poyo betul tau. Saje nak cuba sebab Lavender kan. Hmmm ok la..rasa pelik, macam minyak wangi, tapi boleh je habiskan. Yus memang tak suka la hahahaha.

Pintu masuk nya...teruja dah nampak pintu masuk pun hehehe
Rasa nak guling-guling atas bunga (oppsss)
ice-cream Lavender errrrr
Tamat lah sudah percutian yang singkat tapi sangat enjoy ni. Alhamdulillah for this wonderful birthday treat from hubby.

Oh turun dari ke Cameron Highland tu, hujan lagi tapi dah tak lebat la. Tapi kena bawa slow la kan, dengan turun bukit tu kan. Pusing kepala Jiha. Yus kata sebab makan ice-cream Lavender tu. Huhuhu habis tau, terkeluar semua isi perut. Huhu nasib baik ada plastik. So korang pastikan ada plastik yang banyak ye hahahaha. Tak pernah-pernah lak muntah dalam kereta. Dulu lalu jalan Kuala Pilah pun i steady je.

Rupanya dah tau kenapa muntah tu, Alhamdulillah another precious birthday gift for me this year. Ada little ones in my womb. Masih baru lagi, doakan semoga dipermudahkan pregnancy journey kali ini ye. Amamamama nak jadi mother of 3 pulak. Alhamdulillah.


Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20