Assalammualaikum,
Hi Mommies. Pernah tak kena marah dengan nurse sebab bacaan HB rendah? Hb rendah semasa mengandung bukan perkara kecil ya. Ibu perlu bertindak segera. Alhamdulillah tadi saya pergi check up kandungan 11minggu. Bacaan Hb saya meningkat ke 13. Masa anak pertama dulu 11 je selalu bacaan nya.
Check Up 11 minggu |
HB rendah dan Anaemia
Sekiranya tahap hemoglobin (hb) anda kurang daripada 11.0 gm/dl, anda ada risiko anaemia. Ini disebabkan kekurangan zat besi dalam diet harian anda.
Bahayakah Anaemia?
Bayi akan menyerap dulu zat besi anda menyebabkan zat besi untuk anda sendiri yang tidak cukup. Anda akan mula merasa simptom seperti di bawah.
1. Keletihan dan sesak nafas
2. Sakit Kepala
3. Tinnitus (telinga berdengung)
4. Jantung berdebar
5. Tabiat mengidam makanan yang tidak biasa
6. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah akan kelihatan pucat.
Ingat! Ibu Mengandung perlu sihat supaya urusan bersalin lebih mudah dan supaya lebih sihat semasa dalam pantang untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies