Assalammualaikum,
Hari ni nak share Tips Organize peti ais supaya sejuk je mata memandang hehehe. Sebenarnya lama dah nak buat tapi tak terbuat sebab 4 bulan pertama rasa malas sangat nak keluar rumah hehehe. Ni bila rasa rajin datang, terus ku zas zasss ke Daiso.
Apa yang dapat di Daiso?
Nampak tak bekas yang ada handle tu. Tu lah yang lama sangat dah nak beli tapi tak terpergi beli hehehe. Kebetulan muat-muat je size nya untuk peti ais comel ku.
Tapi Jiha takde la rajin nak label kan. Basically barang pun tak banyak. So satu untuk jars macam mayo, sambal letuppss, butter. Then untuk buah, lagi satu pulak untuk bahan baking (cooking chocolate, vanila esen and etc)
Bekas yang tak bertangkai tu asalnya nak letak buah, tapi die kurus sikit dan tinggi. Tak muat pulak letak buah. Kalau buah tak banyak sangat ok je kan.
Tips senang cuci peti ais...
Hah nak senang cuci kalau ada yg tumpah ke kan, bubuh la placemat. Jiha cari yang jenis transparent. So kalau ada ape tumpah, keluarkan placemat tu je cuci.
Bahan beku
Bubuh dalam bekas so nampak kemas sikit. Kalau leh nak satu color aje, tapi apakan daya campur-campur la color hehehe. Freezermate Tupperware ada dua ketul je, yang lain tu Ikea mari (murah hahaha)
Preggy kali ni semangat lak nak kemas rumah ahhahaha. Baby boy ke girl agaknye. Ni peti ais dah kemas, kejap-kejap nak bukak peti ais sambil senyum-senyum. Pastu kalau nampak senget sikit, terus betulkan. OCD kah hahahaha. Nasib la Aqeef pandai amek dan pandai letak balik di tempat yang betul. Tu la untungnya kalau benda dah organized. Kalau dulu, sepah-sepah aje dia letak.
Ok sila terjah Daiso berdekatan anda. Oh maybe Mr DIY pun ada tapi tak sure.
menarik ! thanks for sharing
ReplyDelete