Skip to main content

Ibu Mengandung Kena Chicken Pox risiko keguguran

Assalammualaikum,

Saya nak kongsikan pengalaman saya mengandung dan kena chicken pox. 
Allahu, sakitnya kena chicken pox ni. Demam pulak tinggi sampai terpaksa ditahan wad selama 10 hari sebab doktor bimbang keguguran. Tapi sakitnya chicken pox ni, saya lagi risaukan baby dalam kandungan sebab ada terbaca pengalaman ibu mengandung yang kena chicken pox yang bayinya berisiko down syndrome ataupun risiko keguguran.

Emosi memang tak stabil sangat masa tu, kerap sangat menangis di katil wad. Alhamdulillah suami ada sebagai penguat semangat. Dari situ saya kuatkan semangat, nak beri yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Usaha supaya baby dalam kandungan sihat.

Saya mula amalkan Set Hamil Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, BComplex, Vita C, ESP, Ostematrix dan Omega Guard.

Kalau dulu saya tak pernah konsisten dan macam nak termuntah makan vitamin atau pil ape pun, kali ni saya tekad nak beri yang terbaik untuk baby saya.

Alhamdulillah selepas baik dari chicken pox, saya buat 3d4d scan untuk tahu keadaan baby saya. Dengan izin Allah, baby saya dalam keadaan yang sihat dan Alhamdulillah sepanjang kandungan kedua ini, tiada lagi masalah kejang kaki, tiada masalah hb rendah dan saya lebih bertenaga sepanjang kehamilan dan juga semasa proses melahirkan.

baby saya bagi 'thumbs up'. Dia baby Shaklee saya

Alhamdulillah, saya memang dah jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Memang betul-betul meningkatkan tahap kesihatan saya.

Anda tidak perlu kena chicken pox baru nak ambil Set Hamil Shaklee, kalau mahukan kesihatan yang baik untuk ibu dan baby, Set Hamil Shaklee ni memang terbaik. InsyaAllah

Kalau berminat nak order, boleh terus hubungi saya melalui sms/whatsapp di 0123807024.
Hubungi saya sekarang 
Najihah Razali
whatsapp : 0123807024
email : sitinajihah83@gmail.com
Facebook : Najihah Razali

Comments

  1. salam puan jiha,
    bercerita mengenai chic pox ketika pregnant ni, mengingatkan sy kepada anak kawan yg mengalami masalah arteri di perut membawa ke kaki sehingga berlakunye salur darah tersumbat lalu pecah melalui kulit dan akhirnya terpaksa dipotong kaki kerana keadaan kaki yg terlalu byk bocor dgn letusan darah. namun masalah ini tidak pernah kelihatan sehingga anak itu besar menjangkau umur 25thn. thn2 sebelumnya, dia sihat seperti org lain. doc menjangkakan puncanya mungkin dari sejarah ibu yg mengalami chic pox ketika mengandungkan anak tersebut. moga kita lebih berhati2. segera dapatkan rawatan pakar sekiranya chic pox ketika pregnant.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Allahu besar ujian dia...

    Alhamdulillah saya memang di bawah jagaan doktor pakar sepanjang di wad. Tapi mmg tiada ubat diberi untuk ibu mengandung melainkan ubat demam utk kawal demam yang terlalu tinggi.
    Semoga dijauhkan dari ujian yang berat begitu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20