Skip to main content

Gossip Mommies, Friends till Jannah

InsyaAllah....

Alhamdulillah berkawan dari zaman Universiti hingga lah sekarang. Dari anak dara hingga beranak pinak hehehehe. Kawan yang boleh cerita semua. And now mostly banyak pasal anak-anak lah sebab dah jadi mak mak ni kan.

Masuk tahun ketiga, buat vacation bersama-sama. 1st time ke Lost World of Tambun, Alhamdulillah dapat join. Second time ke Melaka, ada hal yang tidak dapat dielakkan jadi tak dapat lah nak join.

Vacation tahun ketiga ni di Penang. Alhamdulillah. Sebab geng Gossip Mommies consider makyung yang sudah sarat mengandung. Seronok sangat sebab semua ada kecuali Amy sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.



Sangat seronok. Hehehe dan banyak sangat aktiviti makan-makan kan. Tempat jalan2 tak banyak sangat pergi. Hanya ke Upside Down Museum, Toy Museum dan Penang Municipal Park bawak anak mandi manda. Yang lain memang aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan.

Tapi acara yang paling best ialah lepak di bilik hotel. Bilik hotel kat Alora (used to be BSuite Hotel) pulak besar so memang selesa lah. Mak-mak berborak tak hingat, bapak2 main Saidina hahahaha. Sporting bapak-bapak. Bukan main gembira lagi dapat main bersama.

2016 kami plan Jalan Jalan JB pulak hahahaha. Semoga ukhwah ini sentiasa berkekalan dan dirahmati Allah S.W.T

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Kedai Perabot MURAH di Pulau Pinang

Since ramai sangat yang bertanya tentang almari gojes khas untuk stok Shaklee tu... ok let me share
Memang kedai perabot ni MURAH la di area Pulau Pinang ni. Jiha discover masa mula-mula pindah Penang dulu sebab nak mencari stove cabinet. Since rumah sewa kan, cari yang murah la. Rumah sendiri nanti, kalau ada rezeki baru la pasang kitchen cabinet idaman kalbu ahahahaha.
So google punya google jumpa la... stove cabinet nya RM120 je. Rata-rata kedai yang kami survey, paling murah pon rm300, kualiti yang sama malah ada yang lagi teruk kualiti pun ada tapi mahal. Oh NO...tidak berbaloi. So akhirnya kat kedai Uncle tu, dapat beli stove cabinet dan cabinet untuk letak pinggan mangkuk semua. Puas hati hehehhee.
Almari stok Shaklee ku yang murah. Nak yang macam Ikea macam neni Hadhatina punya, tapi tak muat kereta la pulak nak angkut dr sana ke Penang. And if nak kumpul order pon...kos lori semua tu jd mahal jugak. So google and jumpa satu kedai ni, kat Simpang Ampat. Tapi harganya RM700. So…