Skip to main content

Amna Haneena check up sebulan

Assalammualaikum,

Alhamdulillah hari ni hari ke 40 dah Amna Haneena. Baru semalam check up sebulan sebab last week cuti CNY kan. 

Agak hectic juga semalam. Sebab kami baru sampai Penang dari KL pukul 930am. Balik KL sebab nak hantar abah mertua pergi Umrah kat KLIA. Mula-mula plan Yus and Aqeef je turun tapi fikir-fikir dah nak habis pantang pun ni. Abah tak jumpa Amna Haneena lagi, so cakap kat Yus, nak ikut jugaklah. Slow drive je hari Sabtu. Hahahaha dekat 7jam dr Penang ke KL. Stop setiap kali nak susukan Amna Haneena hehehehe.

Plan nak balik Penang hari Ahad lepas hantar abah tapi flight nya delay..so sampai ke petang jugak. Yus pun penat dan dah nak malam so tak jadi balik. Rest dan esok pagi2 pukul 430am kami gerak pulang. Sampai Penang, naik atas rumah, mandi2 dan terus ke klinik hehehe. Syukur la masa tu Amna Haneena tak cranky, petang je start cranky maybe sebab sakit kena cucuk kot kan.

Amna Haneena 40days

So ini hasil check up sebulan (39days)

berat = 4kg (lahir 3.25kg)
panjang = 54cm (lahir 49cm)

Alhamdulillah.... sama macam Aqeef masa sebulan, 4kg gak hehehe. Agak2nya baby nanti bam bam macam abang Aqeef masa baby or halus macam kakak Auni hehehe.

Takpe lah, yang penting sihat kan. Minum susu ibu puas-puas ye.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20