Skip to main content

Masalah Hormon punca Jerawat Degil nak Hilang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hormon tidak stabil adalah antara sebab jerawat berkunjung. Tepek la segala cream pun, selagi masalah hormon tidak dibetulkan, selagi itu lah jerawat tak hilang. Biasanya remaja dan mereka yang di awal 20an mengalami masalah seperti ini. Tetapi tak kurang juga yang umur 30an pun masih lagi mempunyai masalah sebegini.

Puan Nurul mempunyai masalah jerawat degil, period tidak teratur dan masalah senggugut yang sangat teruk. Dengarkan testimoni dari Puan Nurul.


Menarik kan testimoni Puan Nurul.
Ni Jiha nak kongsikan pula tips supaya kulit lebih halus dan anjal. Semoga bermanfaat.


5 TIPS KULIT HALUS DAN ANJAL

1) Air secukupnya


Air. Ye air yang cukup akan memastikan badan kita sentiasa hidrat. Dan ini boleh mengelakkan kulit menjadi kering. Setiap 25kg berat badan kita, kita perlu minum sebanyak 1liter air. Jadi pastikan anda mendapat air yang secukupnya sehari ok. Macam Jiha, Jiha akan sediakan 3 botol air. Setiap botol ada 1 liter air. So ada target lah nak kena habiskan air tu kan. 

2) Tidur awal


Tahu tak yang tidur lewat boleh menyebabkan kulit jadi tak cantik. Kenapa? Sebab proses detoks akan berlaku sekitar pukul 10pm ke 12pm dalam keadaan badan kita berehat ataupun tidur. Semasa proses detoks ini berlaku ianya akan menyingkirkan toksin. Dan hasil yang kita dapat ialah kulit yang cantik. Selain tu, kalau tidur lewat, boleh menyebabkan badan jadi berangin dan tak selesa. Jadi tidur lah awal so boleh bangun awal.

3) Rajin sapu losyen


Sebelum tidur, biasakan sapu dengan losyen. Terutama pada tumit kaki sebab penat seharian berjalan dan berdiri kan, so kalau tak jaga, kemungkinan akan menghadapi masalah tumit kaki pecah. Jiha sapu dengan Herbal Blend dan Alhamdulillah masalah tumit kaki pecah tu dah berkurang. Pastikan kalau nak pilih losyen, pastikan yang ia bebas bahan kimia merbahaya ok. Sapu losyen tu dah bagus, tapi pilihan produk pun kena tepat. Baru lah kulit dijaga dengan sebetulnya.

4) Makan sayur dan buah-buahan.



Sesiapa yang tak suka makan sayur dan buah tu, fikir banyak kali. Ubah la cara pemakanan anda sekiranya anda nak kulit yang halus, yang cantik, yang sihat dan yang berseri-seri. Antara sayur yang kaya vitamin C ialah labu. Ni favourite ni kalau buat sup labu. Untuk anak-anak buat puree labu. Sangat sedap. Vitamin C ni membantu pembentukan kolagen yang memastikan kulit kita sentiasa anjal. Selain tu sumber vitamin C yang lain ialah buah oren, kiwi, jambu batu, sayur brokoli, betik dan banyak lagi. Nak pilih buah pun pilih yang Non-GMO ye hehehehe. 

5) Suplemen untuk kulit 


Nak tahu tak protein memperbaiki tisu kulit kita. Jadi Jiha pilih ESP yang kaya dengan protein. Dan yang penting ianya Non-GMO untuk memastikan kulit Jiha sentiasa halus dan anjal. Selain tu untuk kulit juga, Jiha memang invest pada Set Kulit full yang terdiri daripada Vivix, Collagen, Vita C, Vita E Complex dan tentunya ESP

Kenapa Jiha ambil suplemen? Sebab tahu yang memang tak makan sayur dengan BANYAK  untuk dapatkan nutrient yang cukup. Kadang-kadang stok sayur dalam peti ais pun habis tak perasan. So Jiha pilih makanan tambahan. Dan Alhamdulillah, tahap kesihatan semakin baik dan tentunya kulit pun bertambah sihat dan cantik. (Ini kata suami dan orang keliling ya...bukan saya syok sendiri)


Ok ini dulu 5 tips yang dapat Jiha share dengan semua. Cuba amalkan, dan pasti korang akan dapat hasil yang diinginkan.

Nantikan lebih banyak tips dari Jiha ok...kalau nak dapatkan suplemen untuk kulit, boleh hubungi Jiha ye. <3

JIHA 0123807024

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20